Thursday, October 03, 2013

SABUN MARINE ESSENCE @ SABUN KETIAK



Pernah dengar tak sabun Marine Essence ni?.. Keluaran Hai O.. 

Ok, sebelum apa-apa saya nak 
bagitahu ye. Saya ni bukan ahli Hai O, bukan nak berniaga ke apa ek.. Cuma nak berkongsi sahaja mengenai sabun ni.. 

Nak dijadikan cerita, sebenarnya kulit saya ni tak sensitif ke apa ke. Tapi, semenjak saya bertukar mandian ke jenama X, kulit saya macam sensitif sikit.. Gatal-gatal. Mungkin tak serasi dengan jenama X.. Jenama X ni memang terkenal sebagai anti bakteria la bagai. Sebelum tu saya guna Shokubutsu. Bila dah habis, gatal nak try jenama X.. hihi. Tak nak bagitahu jenama X tu ape.. Takut kena marah . hahah.. Boleh gitu?.. Jadi, bila kulit macam gatal-gatal, saya stop la pakai.. Kebetulan, kawan satu office ni ahli Hai O. Saya pun tanya la berkenaan sabun Marine Essence ni sebab selalu baca kat FB orang dok promote kan.. 

Hasilnya, saya beli terus 2 ketul. Sebab member ni cakap susah nak dapat stok sabun ni. Laris macam goreng pisang panas.. hihi..
Sekotak ada 2 ketul, harganya RM 105. Saya beli 2 ketul, RM70 la..  
Ni la rupanya kotak sabun tu :



Jeng..jeng..jeng.. nampak kan sabun tu?..


Kasi zoom sikit.


Comel je sabun ni.. Bentuk dia macam ni, memang senang nak pegang :)



Ok, sepanjang dua minggu saya guna sabun ni, saya memang puas hati.. Kulit dah ok. Dah tak gatal-gatal.. Rasa halus dan lembut je.. Sabun ni pun wangi je tau.. Guna pun tak banyak. Kita buihkan sabun ni kat tapak tangan dulu, pastu baru gosok kat badan..  Kawan saya cakap, rupanya ramai yang suka dengan sabun ni sebab boleh putihkan ketiak. Opps.. hihihi.. yeke?.. Don't say any word.. tettt...


Kat bawah ni saya share sikit kandungan sabun ni yang saya dapat dari website Hai O. Boleh rujuk kat SINI .

BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM SABUN MARINE ESSENCE

Garam Buluh

- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)

- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.


KHASIAT

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
  Merupakan pelembap kulit yang  terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.



KELEBIHAN SABUN MARINE ESSENCE

  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Membekalkan bahan mineral
  • Menyelaras fungsi badan agar berfungsi secara normal
  • Menyelaras keseimbangan pH badan
  • Meningkatkan daya pemulihan badan
  • Menjaga kulit lebih lembut sihat dan berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit dan menghaluskan kulit
  • Memperbaharui dan memperbaiki sel-sel mati

*********************



Ada tak yang memang guna sabun ni?.. Atau yang pernah guna?.. Macam mana rasanya, ok tak?.. 


p/s : Tapi, sekarang ni tuan blog guna mandian johnsons yang campuran susu dengan badam tu.. Nak tahu tak jenama X tu sabun ape?.. hihihi.




28 comments:

  1. Replies
    1. sekiranya berminat nak cuba,bleh pm sya d fb(zulnizam awal)

      Delete
  2. mahalnya T_T

    mak saya masa kulit dia sensitif, saya belikan sabun madu+glycerin.. 3 ketul rm35 kot.. ok la..sbb tahan lama..bau wangi gak.. tapi dah nama sabun.. takde la khasiat panjang berderet camni..cuma sesuai utk org kulit sensitif.. hehe..

    ReplyDelete
  3. TU LA..DOK SURVEY SABUN NI..NAK BELI JUGAK..TAK TERBELI2.. Y___Y SEBAB KULIT SENSETIF..MUDAK MERAH2

    ReplyDelete
  4. tak pernah guna lagi.. unik eh bentuknya...

    ReplyDelete
  5. deqla x penah guna lagi..putihkan apa lagi yg boleh ni?hihi.. mcm menarik.. mana nk dpt??

    ReplyDelete
  6. tak pernah tau tentang sabun ni..

    ReplyDelete
  7. wah mcm best je... berbaloi tak membeli !

    ReplyDelete
  8. ru td tgk...xtaw plak banyak kegunaannye...

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan. ramai jugak orang cakap sabun nie ok.... done follow. klu sudi follow back...

    ReplyDelete
  10. Aah, tak pernah guna sabun ni. Tapi kalau dapat hilangkan warna macam best jer...

    ReplyDelete
  11. first time jaa tengok produk sabun ketiak mcm ni, tengkiu share ya...

    ReplyDelete
  12. Tak perasan pun selama ni ketiak hitam...hehe sebab kulit pun coklat agaknya hehe

    ReplyDelete
  13. Macam best je sabun ni. mesti cantik menawan kan..hehehe

    ReplyDelete
  14. wahh ... kalau harganya berbaloi dgn result yg kita dpt kira ok lh tue. pasni mesti bertambah syg cik abg ^^

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum awak. salam perkenalan ya, sheila membalas kunjungan kamu. ohh famous juga produk ni.. tapi tak pernah pakai. hehehe

    ReplyDelete
  16. bleh bg putih eh? mcm best je. hihi

    ReplyDelete
  17. oklah tu, sesuai untuk yang alergik kut?

    ReplyDelete
  18. antabaq ke..hihi
    baru j tgk mmber beli smlam

    ReplyDelete
  19. ini bukan sabun sembarangan..memang sabun yg terbaekk..hihi..sy dh try..

    ReplyDelete
  20. As salam semua...sy ada jual sabun ni..ramai yg repeat order..sbb mmg berkesan!!tp skang ni sabun ni out of stock..bygkan semua stokis kt malaysia xde stock!!dasat2... klu yg berminat...jom singah fb saya.. www.facebook.com/kedaicantikbysapeah

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete