ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADAMU YA ALLAH - INILAH REALITI

Friday, 7 February 2014

ALHAMDULILLAH, SYUKUR PADAMU YA ALLAH



Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan syukur Alhamdulillah.... kerana masih bernafas di Bumi Allah... 

Entry kali ni saya nak share dengan kengkawan apa yang berlaku masa cuti raya cina yang lepas. Oleh kerana ada hal penting, saya dan suami bergegas balik ke kampung di Kedah. Memang tak plan pun nak balik kampung. Dan saya pun tak ada apply cuti rehat. Petang Khamis tu(30 januari), kitorang ke Stesen bus Larkin cari tiket. Memang dah tahu, peluang nak nak dapat tiket macam tipis. Maklumlah cuti perayaan. Ramai yang dah beli tiket awal kan. Tapi kitorang pi je. Bila sampai, memang tiket balik Sungai Petani atau Alor Setar dah habis. Tinggal tiket bus tambahan. Kalau boleh, memang tak nak bus tambahan. Bila dah ronda satu stesen bus tu, dapatlah tiket bus. Tapi, ke Butterworth. Ok la. Boleh minta tolong ayah saya ambilkan nanti. Harganya?... Memang mahal. Nak tak nak, kena beli jugak. Sebab tak de pilihan. Satu tiket rm95. dua tiket dah rm190. Selalunya kalau ke Sungai Petani pun baru rm75. Butterworth lagi murah berbanding Sungai Petani. Tapi, tak apelah kan.  Bukan itu yang saya nak kongsikan sebenarnya. Hihi.

Sebenarnya nak ceritakan tentang perjalanan dari Kedah ke Jb. Kami balik kejap je kan kampung. Bukan bercuti lama. Masa balik tu, kami naik bus Mayangsari, dari Shahab Perdana, Alor Setar. Dapat seat 3 dari belakang. Nak dijadikan cerita, biasalah bila time perayaan dah tentu jalan jammed. Memang kenderaan banyak dan bergerak perlahan. Tapi , takde lah sampai terberhenti -henti dan sangkut. Lancar je. Bila sampai ke kawasan Gurun, tiba -tiba bus break kecemasan. Tapi, tak adalah terkejut sangat. Sebab bus bukan dalam keadaan laju.Syukur Alhamdulillah... tak ada yang tercedera. Nasib baik cuaca pun elok. Bukan hujan. Kalau hujan, jalan licin kan. 

Lepas tu, bus pun parking di tepi jalan kejap. Driver pun turun. Berbincang sesuatu dengan kenderaan yang terlibat. Kenderaan yang terlibat ialah Toyota Vios dan Estima. Toyota vios memang kemek kat bahagian belakang. Estima lah yang teruk. Depan belakang kena kan. Mujur, tam ada juga yang cedera. Syukur Alhamdulillah. Lepas tu, kitorang di bawa ke Valai Trafik Sungai Petani. Untuk buat laporan... Adalah dalam dua jam jugak. Driver siap suruh kitorang turun gi makan atau pi tandas dulu. Memang berbudi bahasa driver bus tu. 

Puncanya?.. Sebenarnya ada kemalangan di laluan bertentangan. Biasalah, kalau belah sana yang accident, belah sini kan lebih prihatin. Nak tengok apa yang jadi. Bila kenderaan depan break mengejut, yang belakang semua terpaksa break mengejut juga kan. Dan, kalau bus break mebgejut, still akan kena kereta hadapan. Nasib baik tak ada yang tercedera dan nasib baik juga bus dalam keadaan yang perlahan. Sebenarnya, saya agak terkejut melihat keadaan kereta Estima yang berada depan bus ni.  Dalam keadaan bus yang perlahan pun, teruk kemek kereta estima tu tau. Kalau laju? Ya Allah.. Moga dijauhkan... 

Apapun yang berlaku, semuanya ada hikmah kan. 
Bersyukur dengan apa yang terjadi. 
Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah.... 




12 comments:

  1. syukur alhamdulillah tak terjadi apa2 ros... berderau darah akak baca tadi... hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semuanya selamat.

    ReplyDelete
  3. ptg kames yee..akak blk pg jumaat tu, kluaq dr putrajaya jam 7.30 pg...hengatkan dlm 4 jam dah sampai SP laaa..skali, hamek ko, ada keta tbakaq kat Rawang...pastu jam 1 tgh ada accident moto plak kat susur masok SP menghala ke Selatan...kesemua accident tu jalan btentangan..yg jemnya, belah kiri nie..choiii!!!6 jam dr putrajaya ke SP...blk mai sini ahad, 7 jam..hamekk!!!!

    ReplyDelete
  4. Malaysia ni byk sgt kereta, tu yg byk eksoden tu.... Baca lah bismillah doa semua sebelum mulakan perjalanan....

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...nsb xde pape...=)

    ReplyDelete
  6. banyak kali kan dah pesan kat pemandu kt malaysia ni supaya jgnlah prihatin sgt tgk kemalangan kat jalanraya tu. bila emergency break tu yg bahaya tu kpd org belakang kita. alhamdulillah xde pape yg berlaku kan

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah . Semua tak apa2 . =)

    ReplyDelete
  8. dh biasa tu.
    hari tu masa cny ciksu blk kg sebelum persimpngan rawang selatan jammed juga. rupany ada kereta terbakar dilorong kecemasan. jammed sbb pemandu terlebih prihatin.. padahal kat depan x da apa pon. grr je..

    dlu ciksu selalu amik konsortium atau shamisha.. mayang sari mmg serik. hihi.

    kalau ke kl suka amik transnasional sbb on time walaupon kdg kdg seat kurang selesa

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..semuanya selamat..tp kerana sikap prihatin sesetengah orang ni lah jadi kemalangan lain pula..

    ReplyDelete
  10. Bahayanya. Nie semua gara2 pemandu yang terlebih "prihatin"lah nie.

    ReplyDelete
  11. Bgus jgk pmandu bas tu...siap deal dulu dgn pemandu lain..hihi..xde gduh2x la ea ros?slalu kan xciden ad je nk gduh sbb xngaku slh..hahaha

    ReplyDelete
  12. sebelah jalan eksiden x psl2 tereksiden sekali.. mujur smua selamat.. alhamdulillah..

    ReplyDelete