RESEPI DAGING BAKAR SEDAP - INILAH REALITI

Saturday, 8 February 2014

RESEPI DAGING BAKAR SEDAP



Saya bukanlah Masterchef. Bukan juga tukang masak handalan. Saya hanyalah saya. Insan biasa yang suka memasak. 

Wah intro bukan main lagi kan. Bukan ape, saya ada juga share resepi dalam blog saya ni. Resepi yang simple-simple je.  Yang caranya mudah. Dan yang utama, ikut citarasa saya. Kadang-kadang sedap ditekak saya, tidak di tekak yang lain. hihihi.

Ok, berbalik pada tajuk di atas, Daging Bakar. Semua orang pun boleh buat daging bakar yang lagi sedap . Tapi kat sini, saya share cara saya, yang mudah. 


Bahan-bahan:
1/2 kg daging
3 ulas bawang merah
4 ulang bawang putih
Halia
Serai
Cili kering
Jintan manis
Biji ketumbar
Gula dan garam

*Agak-agak je ye. Ikut citarasa. Kalau nak pedas, lebihkan cili. Kisar semua bahan tu. Kemudian perao daging bersama bahan sebentar . Kemudian terus masuk dalam pemanggang ajaib. Mudah kan?.... 

Kalau makan daging bakar, kena cicah ayaq asam. Baru terangkat.. hihi.. 



Ni ayaq asam style saya la. Senang je. Kisar bawang besar, cili besar, gula dan garam bersama air asam jawa. Potong bawang besar dan tomato dalam bentuk dadu. Camourkan dengan bahan yang kita kisar tu. Kalau nak pedas, masukkan cili api sikit. Dah pun siap!

Selamat mencuba :-)



Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH

7 comments:


  1. meleleh ayaq liuq ceq tau.. tunggu cik abe balik minggu depan nak beli daging pastu bakaq jugak la hihi..
    kena makan berdua baru berselera...

    ReplyDelete
  2. yayy ada resepi... seb baik u memahami, i nak minta resepi tadi malu :p

    ReplyDelete
  3. Menyelerakan betul. Teringin nak makan.

    ReplyDelete
  4. Ni la hasil dgg bakar dr pemanggangvajaib tu..best2x...

    ReplyDelete
  5. daging bakar mmg best dicicah ngan air asam.. tp air asam terbestt deqla penah rasa adalah air tgn arwah mak.. T_T

    ReplyDelete