Penangan Maaf Jika Aku Tak Sempurna

October 02, 2014


Mula-mula tak layan sangat drama ni. Rasa macam, alahai balik-balik kahwin paksa, mula benci pastu suka.. Takde genre lain ke?. Takde jalan cerita lain ke?.. 



Tapi...itu semuanya dulu. Dah berubah. hihihi. Entah macam mana boleh tertengok, dan jatuh cinta dengan lakonan Sara Ali. Best kot.. Dengan perwatakan dia yang kasar tu.. hihi.. Dan sekarang memang tengoklah. Tapi, tak dapatlah nak ikut time tayangan dia pukul 7 tu. Masa mencemburui.(konon busy la tu kan).. Tapi, boleh je tengok online kan. hihi.. So, memang ikut jugaklah setiap episod.. Tulah orang kata, tak kenal maka tak cinta kan. Baru tengok satu dua episod , dah kata tak best. Last sekali, dah suka. Rasanya penangan Sara Ali ni. hikhik.. Suka watak dia tu.. Sekarang ni dia macam dah suka kat Fahrin kan.. Fahrin pulak yang termakan hasutan Tasha Shila tu. huhu..

Drama ni adaptasi dari Novel tau, jangan tak tahu pulak.



Jom baca Sinopsis Novel Maaf Jika Aku Tak Sempurna ni :

Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.

Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

**********

Copy paste sebiji-sebiji dari SINI.

Haa gitu. Jujur tak mengaku copy paste?.. hihihi.


You Might Also Like

13 comments

  1. jarang tgk sebab selalu sampai rumah dah lewat... hehe

    ReplyDelete
  2. 7 ptg time anak buah tgk tv ... x dptlah tgk .

    ReplyDelete
  3. cik akak tak tengok sangat...sebab tak minat hero dan heroin tu..novel nie memang best lah dik

    ReplyDelete
  4. Masa mula2 tu tak berapa layan sangat sebab melina kasar sangat dengan parents dia..

    ReplyDelete
  5. Best tapi saya jarang dapat tengok. Huhu.

    ReplyDelete
  6. Hihihi...ros buat akak pon nk tgk jgk tau..haha..

    ReplyDelete
  7. Akak berhenti sekejap melayan drama2 melayu ni,..takut terikat..terseksa nak follow :)

    ReplyDelete
  8. ayu mmg suka sara ali
    suke jugak cerita ni
    tapi xleh layan sgt
    nanti terbayang2..
    hehhehehe

    ReplyDelete
  9. Tak layan la kak. Still teringat2 zill armel :) hehe

    ReplyDelete
  10. Tgk kadang2 saja sebab dah baca novelnya. Cite ni tak mengecewakan..

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS