Bila Si Comel Menyusu Botol! - INILAH REALITI

Saturday, 16 January 2016

Bila Si Comel Menyusu Botol!


Assalamualaikum.
Ni kisah si comel yang keluarga mertua Cik Rose jaga. Banyak kucing yang mereka pelihara. Kat bawah ni salah satunya. Yang paling manja! Tengoklah tu, minum susu dalam botol. Dah tu, nak minum atas riba je. Pandai pegang sendiri pulak tu! Alolo....comelnya. 


Boleh pulak masa tulis entry ni, Cik Rose terlupa nama dia! Haha.

Si comel ni memang minum susu dalam botol je. Kalau letak dalam bekas, dia tak nak :)

Tapi, masa bulan 12 baru ni. Cik Rose ada balik kampung. Dia tak sihat. Sian dia. Cik Rose dan suami ada bawa dia ke veterinar kerajaan, tapi tak sembuh. Kesokkannya bawa ke klinik swasta. Terus kena tahan wad sebab kena buat operation. Sabar ye comel! 

Sebenarnya dia kena buasir. Terkeluar kat dubur dia. Sedih tengok dia menahan sakit. Mungkin dia ada makan apa-apa kat luar sampai kena cirit-birit yang membawa kepada buasir tu. Yang pernah jaga kucing mesti tahu kan. 

Nak tahu tak, mak mertua saya ni memang dari dulu dok jaga kucing. Dia cakap, sepanjang bertahun-tahun dia jaga kucing, ini kali pertama jadi macam ni. Tak pernah lagi jadi kat kucing-kucing dia.

Lagi satu, mak mertua saya bukan jaga kucing tertentu je. Semua jenis ada. Kucing kampung ka, kucing bulu kembang ka, semua ada!

Keluarga mertua saya memang minta jaga kucing. Cuma menantunya ini tak boleh dekat dengan kucing. Takut. Hahaha. Lagi satu alahan pada bulu kucing. Dulu masa kecik pernah kena cakar dek kucing. Tu yang takut semacam. Hahaha.



4 comments:

  1. melampau gila comel! hahahha...sally punya kucing kena sawan semalam...huihh...berpeluh nak selamatkan dia :(

    ReplyDelete
  2. alahao suwit sangat. nak annje anje lettew

    ReplyDelete
  3. kucing pun kena buasir ya.. semoga cepat sembuh sicomel ni...

    ekin pun dulu2 ada jaga kucing bagi minum dalam botol siap pegang botol tu macam baby hihihi

    ReplyDelete