Demam Drama Korea Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

Assalamualaikum.

Drama Korea Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo. Aduhh Cik Rose dah demam ni. Hihi. Sekali tengok, dah terjebak. Esok, episod yang ke 14. Dari episod pertama hinggalah episod ke 13 tu, memang best! Drama air mata bagi Cik Rose. Kalau tengok mesti nangis! Ke Cik Rose yang over sensitif ni? Sebab kawan Cik Rose yang tengok juga, dia tak nangis. Cuma sedih tu memang dia rasa. Agaknya Cik Rose terlalu menghayatikah? 


Tapi, memang best. Dengan mak Cik Rose kat kampung pun layan tau. Cerita zaman-zaman raja korea ni memang syok. Macam drama Jewel In The Palace dululah kan.

Dari episod pertama, Cik Rose nak sangat Hae Soo dan Wang Soo(Putera ke 4) ada perasaan  sesama sendiri. Tapi, kalau tengok dari awal Wang Wook (putera ke 8) yang rapat dengan Hae Soo. 
 

Kat bawah ni Cik Rose sertakan pelakon bagi Drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo berserta watak-wataknya.



 Sipnosis Drama Scarlet Heart Ryeo.

Cerita berkisar di awal zaman Goryeo. Hae Soo (IU) adalah seorang gadis muda berusia 25 tahun yang daripada era moden yang telah diserap  masuk kembali ke Dinasti Goryeo dan terperangkap dalam konflik dan perjuangan antara putera-putera dari Wang’s House. Di sana, dia telah jatuh cinta pada Wang So (Lee Joon Gi) dan berlakulah perkara-perkara yang tidak dijangkakan, seperti perebutan kuasa dan percintaan tiga segi antara Wang So, Hae Soo dan Wang Wook. Apa yang akan terjadi kepada Hae Soo, dapatkah dia kembali ke zaman moden kembali.


Kat atas ni, senarai putera-puteranya. Pilihan Cik Rose tetap Wang So. hihi. Walaupun di awal episod dia digambarkan sebagai putera yang kejam, tapi ada kisah di sebalik mengapa dia jadi macam tu. Sedih perjalanan hidup dia. Tapi, walaupun dia macam tegas, dia sebenarnya lembut hati. Tu yang buatkan hati kita cair bile tengok babak dia dengan Hae Soo. hihi.


Muka dia berparut pun sebab mak dia sendiri! Cerita masa kecil, mak dia tak bagi Raja kahwin lain, sebab tu ugut nak apa-apakan Wang So tu. 
Bila dah jumpa Hae So, Hae So make up kan dia, tutup parut di wajah dia tu. Jadi, dia dah buka topeng dia dah masa upacara panggil hujan tu. Cik Rose suka lagi masa di bertopeng tu.  


Cinta tiga segi antara Wang So, Hae Soo dan Wang Wook. Kalau awal episod, kita boleh nampak Hae Soo macam suka dengan Wang Wook, yelah sikap Wang Wook tu baik. Tapi, bila di tengahnya boleh nampak Wang Wook ni macma penakut sikit. Tak nak mempertahankan Hae So. Hati Hae Soo pun berubahlah. Memang meruntun jiwa. Cik Rose #teamwangso . Korang pula?
 

Dah tengok di tv, sanggup lagi tengok pula di youtube. Alahai, lambatnya nak tunggu next episode. Seminggu 2 episode jer. Nak pulak, tayangan drama Scarlet Heart ni serentak dengan Korea.  Tak sabar jadinya hati Cik Rose ni.
 

Korang ada yang demam Scarlet Heart tak? Samalah kita. hihi. Sementara nak tunggu episod seterusnya, tengok je lah lagu OST Scarlet Heart ni. hihi. Layan perasaan katanya!
 
Previous
Next Post »

8 comments

Click here for comments
9 October 2016 at 13:18 ×

Kalau dah mula demam tu.. payah nak ubat dah tu... hehe

Balas
avatar
admin
9 October 2016 at 15:43 ×

Hehe..tak sempat layan la rose

Balas
avatar
admin
9 October 2016 at 18:09 ×

Ala, tak tengok pun..
Tapi bila Cik Rose citer, macam nak tengok la pulak..

Balas
avatar
admin
9 October 2016 at 22:42 ×

Betul, betul. Ros dah terjebak. Hihi

Balas
avatar
admin
9 October 2016 at 22:42 ×

Takpe.. kalau ada masa try tengok kak Aishah.

Balas
avatar
admin
9 October 2016 at 22:43 ×

Kak Long, cuba tengok.. best

Balas
avatar
admin
12 October 2016 at 04:42 ×

hee~ kengkadang kakak berebut remote dengan anak2.. hish.. di sebab kan dah demam teruk.. layan online sampai rerun kot.. hahaha~ terok la demam yang nih !!!

Balas
avatar
admin
12 October 2016 at 16:38 ×

Terlayan jugak drama ni sebab wife pegang remote TV ..haha..

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment