MAGGI ASAM LAKSA SEDAP KE?

October 26, 2016

Assalamualaikum.

Maggi asam laksa sedap ke? Terus terang Cik Rose cakap yang sebelum ni memang Cik Rose tak pernah rasa perisa Asam Laksa. Yang jadi pilihan sebelum ni adalah perisa tomyam dan kari. Tu je jadi pilihan kalau teringin nak makan mee segera! Entah macam mana, minggu lepas Cik Rose tetiba teringin nak rasa perisa asam laksa. Semua ni gara-gara Cik Rose terlihat beberapa post kawan-kawan kat facebook. Hahaha, mudah tergodakah? 

Tengok macam sedap jer! Tu yang teringin nak rasa.  So, inilah dia rupa Maggi Asam Laksa yang Cik Rose buat :


Eh eh eh. Kenapa ada potongan epal hijau ni? Hihi. Sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana. Tekak Cik Rose ni sensitif benar! Tu yang makan dengan potongan epal hijau supaya dapat mengimbangi rasa Asam Laksa tu. Agaknya perisa ni tak kena dengan tekak Cik Rose kot. Masih dengan tomyam dan kari jer lah nampak gayanya. 

Betullah kan. Selera manusia ni berbeza-beza. Kita ni kena raikan perbezaan tu. Cik Rose nak kaitkan dengan selera seseorang tu dengan sikap mereka juga. Sedangkan selera kita pun  berbeza. Inikan pula sikap seharian kita. Memang lainlah kan. Janganlah tahu nak bercakap hal negatif sahaja berkenaan sikap seseorang. Kita kena ambil perbezaan tu dari sudut yang positif jugak kan. Eh dah macam caunselor kerrrr? Hahaha.



You Might Also Like

6 comments

  1. Sha pun kadang2 je makan yang ini...
    Sesekali tukar selera kan..
    kalau tak memang setia dengan kari dan ayam..
    Tomyam pun kadang2..
    Ye.. kita patut raikan perbezaan..

    ReplyDelete
  2. Saya suka jugak asam laksa ni..tapi tulah dah lama rasanya tak makan..selalu stok kt rumah pun ada Kari ja.. hehe.. selera lain2, biasalah tu...:)

    ReplyDelete
  3. Hihi....btw kite suka ke perasa ni....hehe

    ReplyDelete
  4. memang la rose..kalau asyik certa pasal benda buruk je mana kita nak sedar benda tu ada yang baiknya kan heheh

    ReplyDelete
  5. Suka asam laksa. Perisa lain kurang.

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS