Jangan lari dari masalah, cuba selesaikannya baik-baik

September 06, 2017

Assalamualaikum. Apa khabar semuanya. Moga baik-baik sahaja ya. 

Tertarik dengan kata-kata semangat di bawah ini :

" When problems comes into your life like a non stop rain, always remember that God will always be your Umbrella ".


Tiada yang dapat terkecuali dari masalah. Semua orang ada masalah. Cuma yang beza hanyalah masalah kecil atau masalah besar. Kan? 

Terkadang kita terlupa. Kita hanya fikir dan rasa hanya kita yang punyai masalah. Masalah kitalah yang terbesar sekali. Orang lain tak akan rasa apa yang kita rasa. Betapa berat kita perlu menanggung beban rasa. 

Helloooooo. Ha punya banyak o Cik Rose yer. Hihi. 

Jangan fikir macam tu. 

Setiap dari kita berusaha untuk selesaikan masalah. Kadang-kadang kita tengok luaran sahaja. Sampai tak nampak orang di sebelah kita tu ada masalah. Kita baru ada masalah a yang kecil, kita dah rasa berat sangat. Sedarkah kita, ada yang sedang mengalami masalah b yang berat. 

Renung-renungkan dan senyum selalu. 
Fikirlah sejenak.

Di kesempatan ni, Cik Rose nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran buat rakan Cik Rose iaitu Diba. Happy Birthday diba! Yang ke 28 tahun. Muda setahun dari Cik Rose. Hihi. Ada kisah perkenalan kami tau. Masa mula-mula kenal, dengan yakinnya Cik Rose panggil dia 'Kak Diba'. Adoiii bila imbas kembali, malunya rasa! Ha ha ha. Sedangkan dia lagi muda dari Cik Rose. Tapi, nasib baikla kejap je dok berakak bagai tu. Cik Rose tersedar awal. Hihi. 

Diba, moga dimurahkan reseki, diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan menuju kebaikan . Love you my lovely friends! 



You Might Also Like

6 comments

  1. Setiap pintu ada kunci, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Serah pada Allah

    ReplyDelete
  2. betul tu. sesetengah orang masalah mrk tersembunyi di sebalik senyum tawa. :)

    ReplyDelete
  3. yee setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.. dan kita sebagai manusia yang diberikan akal fikiran kenalah selesaikan masalah tersebut, tak boleh mengelak dan tak boleh lari.. salam kenal..mana button follow kat sini ye

    ReplyDelete
  4. setuju ngn cik Rose, sampai bila masalah takkan selesai kalau kita lari dr masalah tu,
    semua masalah kene hadap baru lah ada penyelesaianannya...

    ReplyDelete
  5. Betul tu.. Allah tidak akan membebani seseorang dgn perkara yg tak mampu ditanggung. Hadapilah dgn usaha, sabar dan tawakkal, in shaa Allah dikurniakan jln kejayaan... aamiin.

    ReplyDelete
  6. Kesabaran itu penting. Moga hidayah terus ada dlm diri utk tabah hadapi ujian Allah

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion