Breaking

Saturday, 23 June 2018

Menu 1 Syawal di rumah mak

Assalamualaikum. Hari Raya korang masak ape? Mesti special ni kan.. Ada yang buat ketupat, rendang, aneka jenis nasi, laksa, soto dan lain-lain. 

Juadah raya ni ikut negeri juga kan. Ada negeri yang ada menu wajibnya. Mesti ada di pagi raya! 

Raya kali ni, Cik Rose dapat beraya di rumah keluarga Cik Rose. 

Mak masak rendang daging kering. Memang sedap air tangan mak. Rendang ni nak basah boleh, nak kering pun boleh. Untuk kali ni, mak buat kering sebab permintaan anaknya ~ kakak Cik Rose.


Rendang daging tu nak makan dengan apa? Emm ada nasi impit, ketupat pulut dan lemang. Nyum nyum sedap! Barulah raya kan!


Untuk menu makanan berat pula, ada mee kari. Mee kari daging! Feveret Cik Rose. Tahun lepas, mak ada buat. Tak ingat Cik Rose untuk raya ke berapa. Tapi masa tu makan sikit je, tak puas. Sebab tu tahun ni, minta mak buatkan lagi mee kari ni. Sedap! Terima kasih mak. 


Kuih raya. Kebanyakan kuih raya di sponsor oleh kakak Cik Rose ~ Kakyang. Mak ada buat juga kuih. Kuih samprit dan kuih sarang semut. Yang lain semua beli. 


Hari raya kali ni, memang Cik Rose kerja makan jer. So jangan tanya kenapa nampak lain macam. Hahhahah. 

3 comments:

  1. sedappp tuuu...siap ada ketupat palas lagiii

    ReplyDelete
  2. huhuhu mmg sedapnya... lagi2 mee kari tuh cik rose oi

    ReplyDelete
  3. sedapnye mee kari....meriah menu ketupat....

    ReplyDelete