Breaking

Tuesday, July 31, 2018

Tuesday, July 31, 2018

SINOPSIS SEMERAH CINTA HUMAIRAH DI TV3

SINOPSIS SEMERAH CINTA HUMAIRAH DI TV3

Humairah meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul untuk jodohkan Humairah dengan Shahir. Shahir yang tidak teruja, bersetuju berkahwin dengan Humairah walaupun dia mempunyai kekasih iaitu Camelia. Dia mengahwini Humairah demi ibunya. Mereka berdua tidak pergi berbulan madu, sebaliknya Shahir ke China kerana urusan kerja dan membawa Camelia bersama.

Humairah mengandung dan akhirnya melahirnya anak lelaki diberi nama Harith. Saiful, kekasih lama Humairah dan juga adik kepada Shahir pulang dari London membuatkan Shahir cemburu. Camelia pula terus mencari helah memisahkan mereka. Musibah menimpa Shahir apabila ditimpa kemalangan dan mengalami lumpuh.


PELAKON : Fahrin Ahmad, Janna Nick, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Kuza, Mahmud Alibashah, Wan Sharmila, Fimie Don, Fadilah Mansor, Kismah Johar, Feiyna Tajudin, Zeika Khamis, Ainul Aishah , Fish Fazil, Ramli Saleh, Hisham Bakar, Sherwin Sim, Hadi Nawawi, Nisa Rissa, Ayu Azlina, Sheeda Ali, Mahsuri Jesuli

Saturday, July 28, 2018

Saturday, July 28, 2018

Senang Je Cara Buat Overnight Oats Rupanya!

Senang Je Cara Buat Overnight Oats Rupanya!. Assalamualaikum. Cik Rose tahu tentang overnight oats dah lama sebenarnya. Macam-macam jenis orang buat. Tapi, memang tak pernah buat sendiri. Dan tak tahu langsung rasa dia macam mana. 

Tengok orang lain buat sedapnya. Guna macam-macam jenis buah segar kan, seperti strawberry, Kiwi, pisang dan lain-lain. Letak pula kekacang/ badam. Nyum nyum. 

Nak dijadikan cerita, minggu lepas Cik Rose dan officemate ada google tentang overnight oats. Eh macam sedap jer. Jom kita buat nak tak. Berborak sesama sendiri. Tu yang nekad nak cuba buat sendiri. 

Balik kerja, singgah kedai runcit beli bahan-bahannya. Tapi, kedai runcit area rumah Cik Rose tak ada pula buah-buahan. Malas nak pegi jauh-jauh, dah lewat petang kan. Makanya, kita guna apa yang ada jer untuk permulaan. 



Bahan-bahan untuk menyediakan overnight oats adalah dah tentu oats kan. Hihi. Lepas tu Cik Rose beli susu HL coklat. Saja nak guna yang perisa coklat. Ikut yang korang suka yer. Kalau suka susu putih, guna yang putih.

Kemudian, yogurt. Cik Rose guna yogurt mix berries. Kawan Cik Rose beli yang original. Ikut yang korang suka tau. Dan  oleh kerana tak ada buah, Cik Rose letak buah prun dan kacang gajus. Kalau letak buah lagi sedap tau. Epal hijau ke kan. Emm kiwi lagi best! Takpe, next time nak buat Cik Rose cari buah-buahan. 

Buat pada malam hari sebelum nak tidur tu. Caranya senang sangat. Letak beberapa sudu oats. Lepastu letak yogurt. Kemudian tuang susu, dan taburkan buah prun dan kacang gajus. Oh ya, macam Cik Rose, tambah sikit je nescafe. Hihi. Buat ada-ada orang kata. Dek kerana tak ada bekas kaca macam irang selalu buat tu, Cik Rose guna shaker jer. Pun boleh! Kita yang nak makan kan. Hikhik.



Esok pagi, terus bawa pergi office. Makan kat sana. Sejuk-sejuk memang sedap. Nak makan tu gaul dulu. 
Kena makan time sejuk, jangan tunggu dah tak sejuk. Hihi.



Keesokkannya, Cik Rose buat lagi overnight oats. Kali ni tak letak yogurt pula. Sajalah nak rasa perbezaannya. 

Pada selera Cik Rose, Cik Rose suka yang tak letak yogurt. Laju je makan. Itu tekak Cik Rose lah. Lain orang lain selera kan.

Cubalah buat. Senang jer. Berkhasiat dan sedap. 

Saturday, July 28, 2018

Lirik Lagu Baru Hael Husaini - Hajat

Lirik Lagu Baru Hael Husaini - Hajat

Jika kau mahu sesuatu
Katakan padaku
Jika kau mahu diriku
Ku sedia untuk mu

Dan jika kau mahukan jiwaku
Hambakan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu
Akan ku tunaikan
Jangan curiga harus percaya
Ikhlas hati ku berkata

(Chorus)
Terseksa untuk mencintanya
Mencinta untuk diseksanya
Terpaksa atau rela
Janji kau bersama
Bila tiba waktu
Kamu harus bercincinkan aku

Jika kau mahu ku rindu
Ku bayangkan wajahmu
Jika masih ragu-ragu
Ku lagukan padamu

Dan jika kau mahukan jiwaku
Hamba....kan cintamu
Pasti hajat kamu kamu kamu
Akan ku tunaikan
Jangan curiga harus percaya
Ikhlas hati ku berkata

*Ulang Chorus

Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Lirik: Hael Husaini, Ezra Kong


Dah dengar tak lagu terbaru dari Hael ni? Mesti ramai yang rindu suara Hael. Lepas Jampi, kemudian Haram. Kini Hajat pula. 

Cik Rose dah dengar, tahu lagu ni melalui instagram Hael sendiri. Bestlah lagu ni! 

Dah ada video klip official dah.. best, situasinya dalam istana gitu.. Ada Sherry lagi. 

Moga terus berjaya buat Hael!.


Friday, July 27, 2018

Friday, July 27, 2018

Lirik Lagu Hikayat BenLadin -Ben Laden


Lirik Lagu Hikayat BenLadin -Ben Laden 

*Musik
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat ingsun matakaji semar ngiseng
Akulah Ben Ladin...
Hikayat Ben Ladin...

Okey okey...
Suara dah bergema, suara sakti hamba
Dalam gelombang membawa aura ke udara
Separa manusia separa luar biasa
Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga

Kalau main api janganlah tambah gasolin
Mesti hati-hati janganlah seperti lilin
Jika mahu terang biar terang dengan betul
Jangan jadi arang jadi arang buat kotor

Kerna atas muka ada selendang suci
Maka hias ia biar terpampang seri
Akulah ilustrasi definisi gergasi
Terhasil dari experimentasi radiasi bunyi

Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan kata bukan-bukan
Nenek tua si bongkok tiga
Cubalah nenek cari cucu dimana ada

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat ingsun matakaji semar ngiseng
Akulah Ben Ladin...
Hikayat Ben Ladin...

Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda
Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong
Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong

Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran
Telan lauk enak lepas makan pandai simpan
Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan

Pecut laju-laju sampai dia terpelanting
Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting
Diajak berteman rupanya musang berjanggut
Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut

Baik berpada-pada jahat jangan sekali
Hidup punya hukum karma kau harus mengerti
Salam perkenalan dengan ritma dan puisi
Nama patik Ben Ladin mengundurkan diri

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata

Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada
Mencuba meneka dimana saya
Mata kasar takkan dapat jumpa

Niat ingsun matakaji semar ngiseng
Akulah Ben Ladin
Hikayat Ben Ladin

Putih-putih melati Ali Baba
Merah-merah mawarnya si Norsiah
Jika diikutkan rasa Kassim Baba
Kelak akhirnya berputih mata


~~

Korang dah cuba dengar ke? Cik Rose dah, dan semestinya Cik Rose suka dengan lagu ni.

Thursday, July 26, 2018

Thursday, July 26, 2018

Lirik Lagu Kata Akhirmu - Ariff Bahran

Lirik Lagu Kata Akhirmu - Ariff Bahran



harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku membuktikan
harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku persembahkan

cinta yang kau pinta
menurut telahanmu

tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku meruntuhkan
egomu yang sering menggunung
dan menolakku jauh darimu

dimanakah ia
tempatku dihatimu

tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
demi cintaku
kucoba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu sayang

takkan pernah ku mengalah
untuk menjadi yang terbaik

tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
demi cintaku
kucoba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu

andai kau menyedari
besarnya cinta ini
dan ku terus menanti
kata akhir darimu


Thursday, July 26, 2018

Lirik Lagu Police Entry - Elizabeth Tan

Lirik Lagu Police Entry - Elizabeth Tan 


eh rasa hati ku ragu ragu
eh benarkah kamu milik aku
eh kerna ku tak keruan
apa kau fikirkan

dah tak usah kamu merayu-rayu
dah sudahku tahu kau menipu
dah menipu nya alasan
apa kau fikirkan

"wow hebatnya kamu
yakinnya kamu
so you wanna play?
let's go"

police entry one two jaga
police entry pencuri jaga
gerak geri kau menduga
kerja kau menipu saja

police entry one two jaga
police entry baik kau jaga-jaga, haha
dengan siapa kau menipu uuuu
kau dasar penipu (aw)

dah tak usah kamu merayu-rayu
dah sudahku tahu kau menipu
dah menipu nya alasan
apa kau fikirkan

"wow hebatnya kamu
yakinnya kamu
so you wanna play?
let's go"

police entry one two jaga
police entry pencuri jaga
gerak geri kau menduga
kerja kau menipu saja

police entry one two jaga
police entry baik kau jaga-jaga, haha
dengan siapa

benar kau pandai memperdaya
tapi dirimu tak setia
kau sedang diburu

police entry one two jaga
police entry pencuri jaga
gerak geri kau menduga
kerja kau menipu saja

police entry one two jaga
police entry baik kau ja ga-jaga, haha
dengan siapa kau menipu uuuu

dengan siapa kau menipu uuuu
kau dasar penipu


Wednesday, July 25, 2018

Wednesday, July 25, 2018

BERCUTI KE LUAR NEGARA - BANGKOK MENJADI TEMPAT PILIHAN DENGAN TRAVELOKA

Cik Rose Ke Bangkok ? Jeng jeng jeng.

Eh yeke. Ok, Cik Rose nak tanya ni siapa kat sini suka travel keluar Malaysia? Maklumlah bila dah habis jalan-jalan dalam negara, mesti ada hasrat nak berjalan ke luar negara pulak kan. Jauh perjalanan, luas pandangan kata orang. Wahh mesti excited kan bila nampak passport ada banyak cop? Ada bajet lebih dan banyak cuti untuk pergi jalan-jalan mengelilingi? Ada impian nak ambil selfie bebanyak kat tempat-tempat menarik di luar sana? Suka experience something new and exotic? Kalau korang cakap ya kat semua ni, emmm korang memang kena teruskan pembacaan apa yang  nak Cik Rose coretkan.


Lagi pulak, sekarang banyak betul dah offer tiket flight murah-murah, rasa geram je nak book trip kan. Offer sana, offer sini. Hai, mana tahan! Nak berbelanja, kenalah bijak kan. Beli time ada offer, baru jimat! Tapi kan, kalau fikir balik, tak payah pergi jauh sangat pun takpe, negara-negara jiran kita ni pun ada banyak tempat menarik. Maksud Cik Rose sekitar Asia Tenggara ni. Kalau korang belum ada plan lagi untuk next trip korang, meh nak promote sikit Bangkok dekat korang! Kot, kot lah berminat nak pergi ke kan. Jangan cakap Cik Rose tak payung. Hihi.


Kita start dengan cerita sikit pasal Bangkok yer. Siapa yang tak tahu lagi, Bangkok ni merupakan ibu negara Thailand , kira macam kita  Kuala Lumpur / Putrajaya lah kat Malaysia ni. Bangkok ni jugak bandar paling padat kat Thailand. Kalau tengok pada bancian yang dijalankan masa tahun 2010, terdapat lebih daripada 14 juta orang duduk kat Bangkok ni. Banyak tu, dah macam separuh penduduk Malaysia dah.


SEJARAH

Bangkok ni jugak ada sejarah yang kaya. Asalnya sebuah kampung di tebing barat Sungai Chao Praya pada abad ke-15, Raja Taksin kemudian menubuhkan ibu negaranya di situ sebelum Raja Rama I memindahkan ibu negara ke Pulau Rattanakosin yang berhampiran. Semenjak itulah kegiatan ekonomi di sekitarnya mula berkembang pesat dengan aktiviti dagangan dengan China dan kemudiannya dengan negara-negara Barat. Bangkok juga turut menjadi pusat pemodenan Thailand dan memacu seluruh Thailand ke era baru pada masa kini. Hai korang jangan boring pulak Cik Rose cerita pasal sejarah kan. Kita kena ambil tahu juga. Eh sebenarnya kan, best tau kalau kita tahu sejarah sesebuah tempat.

PELANCONGAN


Dari segi pelancongan pula, Bangkok sememangnya mesra dengan pelancong, apatah lagi pelancongan merupakan antara aktiviti ekonomi utama di sini. Memandangkan Bangkok adalah pusat pentadbiran dan ibu negara Thailand, terdapat banyak tarikan pelancongan di sekitar bandar metropolitan ini serta tempat-tempat menarik di sekitar bandar yang kita boleh try explore sendiri.
  

Antara tarikan pelancongan yang famous adalah the Grand Palace yang merupakan kompleks diraja yang juga dibuka kepada orang ramai sebagai sebuah muzium. Dahulunya merupakan kediaman rasmi diraja sejak tahun 1782, jadi bila korang datang kat sini, mesti terpegun dengan seni bina dan ukiran bangunan dia yang memang cantik dan tersendiri.


Selain tu ada Khaosan Road dan Chatuchak Market, untuk korang yang suka shopping dan jalan-jalan dekat dengan orang ramai. Ada banyak benda yang boleh kita tengok dekat market ni. Dan jugak kita boleh beli cenderamata untuk di bawa pulang. Bolehlah beli untuk ahli keluarga dan kawan-kawan kan. Lagi satu, boleh juga pergi di mall macam Siam Paragon. Selalu sangat pergi mall kat Malaysia, kita try pulak pergi tengok mall kat negara orang kan? Apa yang sama, dan apa yang berbeza. Hihi. Part ni Cik Rose suka, window shopping!


Selain tu , oleh kerana Thailand ni mengamalkan Buddha sebagai agama rasmi, tak hairan la kalau ada banyak tokong atau wat dan jugak beberapa tokong atau wat Buddha yang terkenal. Ia dibuka kepada pengunjung seperti Wat Pho yang merupakan tokong yang tertua seumpamanya di Bangkok, Wat Arun yang didedikasikan kepada Perang Siam-Burma dan juga Wat Traimit dengan patung Buddha emas yang ada cerita tersendiri.


Last but not least, boleh pergi ke Dusit Zoo yang merupakan zoo tertua di Thailand, Samutprakarn Crocodile Farm & Zoo, yang merupakan taman buaya terbesar di dunia dengan 60 ribu ekor buaya (tu dia,banyaknya!) daripada pelbagai spesis serta Sungai Chao Praya, nadi bandaraya Bangkok. Bolehlah menikmati pemandangan sungai dan juga bersiar-siar di kawasan sekitarnya. Best apa kan.

Tengok, banyak kan tempat yang boleh kita pergi kat Bangkok? Semuanya terasa fresh dan menarik untuk diteroka! Sememangnya dijamin pengalaman bercuti di Bangkok akan menjadi pengalaman indah dan menarik yang sukar dilupakan. Jadi usah bertangguh lagi, kalau lambat nanti korang yang rugi. Korang tengok je website traveloka ataupun app kat smartphone, lepastu bolehlah tengok-tengok promotion dan offer terkini sambil planpercutian korang ke Bangkok. Semestinya fly from Kuala Lumpur to Bangkok with Traveloka

Sunday, July 22, 2018

Sunday, July 22, 2018

Tanam Bunga Bukan Sekadar Hobi, Tapi SATU TERAPI Buat Diri

Tanam Bunga Bukan Sekadar Hobi, Tapi SATU TERAPI Buat Diri. Assalamualaikum. Agak lama ak menulis perihal bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose. Hingga ada yang merajuk ni. Aduhai, bunga ku syaang, jangan merajuk lama-lama. 

Untuk makluman sebulan dua ini Cik Rose sedikit kalut. Perihal perpindahan rumah. Kena berkemas-kemas, dengan bulan puasanya lagi, dengan nak raya lagi, dengan suami kena tugas luar. Tu yang kalu semacam. 

Tapi, nasiblah pasangan macam Superman. hih eh terpuji pulak. Takpe, puji suami sendiri, bukan suami orang. opsss.. 

Bayangkanlah di balkoni Cik Rose ni ada banyak bunga, dengan rak lagi, dengan pasu yang besar-besar lagi. Bukan mudah nak bawak turun dari tingkat dua ke blok lain, pulak tu ke tingkat tiga. Tapi, he did it! Thank you husband. 

Tadaaa.... kedudukan bunga-bunga di balkoni rumah baru. 


Geramnya tengok bunga merah ni. Hihi. Ada yang cakap tu bunga double carnation, yeke?... Tapi, Cik Rose suka tau bunga ni, senang nak dijaga... 


Bunga Daisy merajuklah pulak. Pindah rumah baru, tak nak berbunga lagi. Tapi, masa gambar ni di ambilla. Hari ni, alhamdulillah dah berbunga setelah dibaja dan diberikan kasih sayang. hahaha..

7 pasu kesemuanya bunga dasiy dengan pelbagai warna. Masa nak pindah,suami Cik Rose siap tanya, nak bawa semua ke atau nak tinggal separuh? Oh mana boelh tinggal.. kesian dia. hihi. Gnilah kalau dah sayang kan. Tak sampai hati. Mana boleh tinggal, sedih dia nanti. Ingat lagi masa beberapa pokok daisy Cik Rose hampir mati. Ada yang diserang serangga dan ada yang layu dek kerana Cik Rose balik kampung lama masa tu. Di saat dia hampir mati, Cik Rose siram macam biasa, belikan ubat spray, baja.. Cakap-cakap dengan dia, dan akhirnya berkembang semula. Dah tentulah sayangkan.. 


Bunga Orkid yang tak pernah mengecewakan Cik Rose. Walau panas, walau hujan, tetap berbunga dengan jayanya. I love you lah gini! Alhamdulillah, ada 6 pasu kesemuanya. Moga terus berbunga dan bertahan..

Terima kasih mak sebab bagi bunga-bunga ni. Akan Ieja jaga sebaiknya. 


Pokok bunga Ros pula ada 5 pasu. Masa gambar ni di ambil baru nak berputik bunganya. Bellum berkembang. Hari ni, dah mula berkembang. 

Satu bunga ros putih, satu bunga ros merah, satu bunga ros bandung dan 2 bunga ros pink. Cuma bunga ros putih sahaja yang wangi. Yang lain, tak ada bau. Semua Cik Rose sayang. Ada juga  yang hampir mati.. Bunga Ros ni dia manja sikit. Lebih air tak boleh, kurang tak boleh. Kena sedang-sedang ajer. hihi. 


Kasi zoom sikit, orkid putih.. Lawa bunga ni, di sebalik putih tu, terselit warna ungu lembut jer di tengah-tengah.. 


Orkid purple.. Warna kesukaan Cik Rose.. Yang ni  bunga dia besar-besar, puas tengok.. 


Yang ni pun purple, tapi jenis kerinting kecil-kecil. Eh sebenarnya banyak orkid Cik Rose berwarna purple. hihi.


Sebelum ni dengar orang cerita nak jaga orkid susah. Tapi, bila dah cuba sendiri, Alhamdulillah. Cik Rose mampu jaga. Banyak kena bereksperimen. Setiap bunga ni lain tau cara penjagaannya. Tak boleh nak ikut 100% cara penjagaan dari orang lain. Kena cuba dan sesuaikan. Tengok macam mana hasilnya.


Tak banyak ragam, tu yang bertambah sayang. Tak manja sangat, boleh berdikari. hihi,.


Inilah bunga Ros putih yang Cik Rose cakap tadi. Wangi tau bunga ni. Adik Cik Rose suka. Kalau dia datang, dia suka cium bunga ni. 


Bunga Ros, kalau kena gayanya, banyak dia berbunga. Tapi, kena hati-hati. Kadang-kadang naik bunga banyak, tapi tak nak berkembang. Jangan risau, kalau jadi macam tu, Cik Rose tambah baja. hihi. Tengokla esoknya berkembang semua! Hihihi.


Putih suci. Sepanjang jaga bunga ni, ada yang Cik Rose petik kalau berbunga. Ada yang Cik Rose sayang nak petik, tunggu sampai layu bunganya. hihi.


Hampir setahun setia dengan bunga-bunga ni. Menanam dan menjaga bunga bukan sekadar hobi bagi Cik Rose. Lebih kepada terapi minda. Rasa tenang melihat bunga-bunga yang berkembang dan dedaunan yang hijau. 

Menjaga bunga juga membuatkan Cik Rose banyak membaca dan banyak belajar. Kena tahu juga teknik penjagaannya. Alhamdulillah, ada rakan yang sudi berkongsi ilmu. Dan Cik Rose suka juga baca blog tentang penjagaan bunga. Malah, di instagram pun Cik Rose ada follow beberapa individu yang mempunyai minat yang sama. Seronok bila tengok dorang berkongsi gambar bunga yang cantik-cantik..

Nak jaga bunga kena displin, tak boleh hangat-hangat tahi ayam. Eh Cik Rose ada dengar yang orang cakap tanam bunga ni nanti ada nyamuk. Ishhh marah jadinya Cik Rose. Helloooo, Cik Rose jaga bebaik tau. Takdenya jadi sarang nyamuk. Elok je bunga-bunga ni, takde pun air bertakung ke apa. Jangan nak cakap jer yer. Cuba tanam dulu bunga.. Cik Rose bela bunga, bukan bela lalang. hihi.. Teremosi pulak. 




"The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched ~ they must be felt with the heart."


Sunday, July 22, 2018

BELI BAJU KURUNG YANG CANTIK DAN SELESA DI SWEET MUSLIMAH DENGAN HARGA YANG MURAH!

BELI BAJU KURUNG  YANG CANTIK DAN SELESA DI SWEET MUSLIMAH DENGAN HARGA YANG MURAH! | Assalamualaikum. Cik Rose nak bercerita tentang baju kurung ni. Ada orang, masa raya je beli baju kurung. Atau masa raya je cari kain nak tempah baju raya. Eh. macam Cik Rose ni sentiasa mencari baju kurung. hihi. 

Apa maksudnya tu? Iyalah, Cik Rose ni kerja hari-hari pakai baju kurung. Selalu juga membeli. Nak beli kain tu memang ada yang murah cantik, tapi timbul masalah nak cari tukang jahit. Ada yang tak nak terima tempahan di waktu-waktu tertentu kalau lambat hantar kan. 

Tapi, korang jangan risau. Cik Rose dah jumpa jalan penyelesaiannya. Wahhh.. Untuk yang memang selalu pakai baju kurung tu, contohnya cikgu ke, kakitangan kerajaan ke., mai CIk ROs enak habaq nak beli kat mana baju kurung yang best.


Kat mana nak beli baju kurung yang cantik dan berkualiti setanding dengan harganya? Kat mana lagi kalau bukan di SWEET MUSLIMAH . Bukan baju kurung biasa tu. Ni baju ada pattern sikit. Kurung moden gitu! Cantik tau. KURUNG MAHEERA diberi nama. 


BAJU KURUNG MAHEERA

1. Material High Quality MOSS CREPE + SULAM
2. EASY IRON (Suggest pakai steam iron)
3. LEMBUT & RINGAN. Kalau basuh cepat je KERING
4. MESRA WUDHU, ada butang di hujung lengan
5. BREASTFEED FRIENDLY, senang nak menyusu baby. Butang Penuh di bahagian depan
6. SIDE POCKET di tepi baju, senang nak simpan henpon
7. Bentuk Pungung terlindung sbb baju LOOSE cutting
8. SKIRT A CUT yang ringkas & bila jln mudah je.Tak ketat
9. Skirt sangat selesa sebab GETAH yang digunakan getah yang mantap dan kemas



Cantikkan design kurung Maheera ni? Cutting dia loose, tak ketat. Lepas tu, nampaklah fesyen sikit kan dengan butang di hadapan tu. Berkenan betul Cik Rose dengan warna hijau emerald dia tu. 


Berbelanjalah secara bijaksana. Jimat apa yang patut. Dalam pada nak berjimat tu, kita mestilah nak kena pilih yang terbaik kan. Kalau kita pandai jahit sendiri baju ni, lainlah. Kalau tak pandai jahit, Cik Rose cadangkan korang beli je baju siap. Mudah dan juga cantik. Puas hati.



Alang-alang dah ada sale ni, jomlah beli. Boleh pakai pergi kerja kan. Tak adalah pakai baju sama hari-hari. Apa salahnya sesekali membeli. Tapi, jangan sampai membazir. Beli banyak-banyak, last-last tak pakai. Terletak je dalam almari. Tak mau macam tu tau. Kalau memang pakai, beli. Kalau tak berapa nak pakai, lebih baik simpan duit tu. Jangan ikut nafsu. 

Untuk yang nak buat baju sedondon satu office atau sedondon majlis kahwin, beli je dari Sweet Muslimah. Dahlah cantik, lepas tu cepat je penghantarannya. Korang tak payah pening nak cari kain, nak pergi tempah. Senang dah kan sekarang. Duduk rumah jer tunggu baju sampai.


Akhir kata, jomlah cuci mata di SWEET MUSLIMAH . Hihihi

Nak order, boleh terus klik pada gambar atau link di bawah ya : ORDER BAJU KURUNG DI SINI


Saturday, July 21, 2018

Saturday, July 21, 2018

Ramai yang sedang berPJJ - Perkahwinan Jarak Jauh

Assalamualaikum. Selamat pagi.

PJJ.
Ramai kenalan Cik Rose yang berPJJ. Cik Rose tak nak ulas tentang percintaan jarak jauh yang masih belum ada ikatan. Tak sama tau. Cik Rose nak cerita mengenai perkahwinan jarak jauh.

Kalau dalam bercinta pun korang dah rasa susah, macam mana nanti dalam alam perkahwinan,?

Fikir-fikir dan renung-renungkan. Hihi.

Gambar sekadar hiasan. Hihi


Ok. Cik Rose bukan nak cerita pengalaman sendiri berPJJ. Kalau yang memang mengikuti blog Cik Rose, mesti tahu yang Cik Rose berPJJ dahulu.

Selalu berkongsi bagaimana nak mohon pertukaran dari Kl ke Jb dan bila dah dapat ke Jb, diduga pasangan posting ke Batu Pahat. Hahaha. Cik Rose main kejar-kejar uols!Makan tahun tau nak dapat pertukaran.

Itulah kehidupan kan. Mana ada yang tenang sahaja. Pasti ada turun naiknya. Relax dan hadapi dengan waras.

Kenapa  cakap waras? Maksud Cik Rose, fikir secara rasional.

Kasut kita lain-lain. Memang berbeza. Kita tak dapat nak sarung kasut orang lain, tapi cuba untuk faham. Ya cukup jika kita faham. Bukan saling banding membandingkan.

~Aku lagi teruk ujian, ko senang~ helloooo jangan begitu ya sayang -sayang semua.

Hihi terguna ayat DSV pulak!

Alhamdulillah, setelah main kejar mengejar, Cik Rose dah dapat stay di Batu Pahat.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Eh jangan mengeluh. Bila hujan, ada pelangi. Syukur,.

Disebalik perit ujian kita tu adalah kemanisannya. Nikmati sahaja. Jangan mengeluh uols.

Macam Cik Rose yang dapat stay di sini, diuji pula dengan tanggungjawab pasangan terhadap kerjayanya. Yang menuntut beliau dan rakan-rakannya bertugas luar. Normallah kan. Tugas. Kita ni yang kena faham.

Bagi sokongan. Jangan merugut. Bila merungut selalu, tu yang terjadinya stress.

Pilihan kita, kita haruslah bertanggungjawab. Saling memberi nasihat. Saling memberi kata-kata semangat. Cinta bukan sekadar di bibir. Cinta tak selalu indah. Tapi, kita boleh je mengindahkannya. Ecewahhh...

Hingga saat ini, ramai kenalan Cik Rose yang berPJJ. Moga kita sama-sama terus kuat dan tabah dalam meniti hari-hari ini.

PJJ ni bukan sekadar berperang  nak melawan perasaan tu. Tapi, ada banyak aspek yang perlu dilaksanakan.

Cik Rose ambil contoh ekonomi. Ya, kewangan. Bila dah berjauhan ni dah tentu ada dua rumah. Maksudnya dua dapur. Sana belanja, sini belanja. Lepas tu yang ada anak, perlu fikir juga bagaimana nak kendalikan seorang diri. Jika ulang alik seminggu sekali, kena fikir kos tu. Pendek kata, kos lah halangan yang besar.

Keselamatan. Bab ni yang amat risau bila berjauhan. Jika dekat dengan family belakang cerita ya. Alhamdulillah itu rezeki. Tapi kalau family jauh(berlainan negeri), pasangan negeriblain dan kita duduk negeri lain. Ya inilah yang merisaukan.

Jaga diri. Jaga diri.

Untuk yang berPJJ, Cik Rose nak tuju lagu ni. Hihi. Tuju lagu boleh, jangan tuju selipar. Hihi.

Lagu Aku Sayang Kamu nyanyian Harissa tu. Lagu tema perkahwinan Fattah Amin dan Fazura. Hihi.

Korang hayati lagu ni dan boleh nyanyi kat pasangan masing-masing masa video call tu. Hahha. Kalau malu, hantar voice whatsapp jer. Kalau malu lagi, share je lagu tu dekat youtube. Hihi.

Aku sayang kamu.

Dalam Sendirian wajahmu terbayang
Datang Akan bulan
Menemani Terang
Kau Pejamkan mata
Mimpi Mimpi yang terindah
Aku Sayang kamu
Tiap Detik waktu
Ku Ingin selalu dekat dihatimu
Biar Selamanya
Kekal Bahagia
Ku Selalu menyayangimu
Sayang Bersabarlah
Ini Sementara
Ku Kan bersamamu
Hingga Ke akhirnya
Jangan Bimbang sayang
Mimpi Mimpi yang terindah
Aku Sayang kamu
Tiap Detik waktu
Ku Ingin selalu dekat dihatimu
Biar Selamanya
Kekal Bahagia
Ku Selalu menyayangimu

Insyaallah. Ada kemanisan yang sedang menanti. Moga di sebalik kesusahan kita berPJJ saling mengeratkan hubungan. Moga rasa sayang dan tanggungjawab bertambah. 
Jangan pula kita alpa dan mula mencari lain. Awas!! Jaga hati, jaga diri, jaga emosi. 
Ingatlah pengorbanan pasangan kita tu. Jangan diabaikan. 

Friday, July 20, 2018

Friday, July 20, 2018

Senarai Peserta Super Spontan Extravaganza 2018


Senarai Peserta Super Spontan Extravaganza 2018

SOTONG KANGKUNG 

● Izzue Islam (Ketua Kumpulan) 
● Elizad Syarifuddin 
● Tauke Jambu
● Modee
● Nizam JJ
● Shahrol Shiro
● Achey 
● Atu Zero

LOBSTER LELEH

● Fad Bocey (Ketua Kumpulan) 
● Mamak Puteh
● Abam Bocey 
● Zara Zya
● Joe
● Tomok
● Jaa Suzuran
● Anas


Antara pilihan Cik Rose, Mamak Puteh. Suka tengok gaya berlawak dia. Bersahaja, pastinya mencuit hati! Hihi. 

Tomok. Tak tahu bagaimana cara Tomok. So, Cik Rose tak sabar nak tengok. Hihi. 


Pastinya Super Spontan Extravaganza akan mula bersiaran malam ini, 20 Julai 2018. Di Astro Warna, pukul 10 malam. 

Selamat menonton!


Friday, July 20, 2018

Johan dan Zizan bergabung dalam JOZAN di Astro Warna

JOZAN kembali! Yer, Johan dan Zizan. Cik Rose tahu ramai yang merindui kemunculan mereka berdua kan. Tak nak secara solo tapi secara duo gitu. 

Cik Rose sendiri merindui gandingan mereka berdua. Kalau solo dah best, inikan pula bila mereka bergabung!


Jangan risau, kini ada program JOZAN!

Dari facebook Astro : 

‘’Kemunculan terakhir Johan dan Zizan selaku Jozan adalah kira-kira enam tahun lalu menerusi program Maharaja Lawak Mega 2012 yang menyaksikan mereka munjulang trofi juara. Kini, mereka kembali menerusi program terbaharu, JOZAN.

JOZAN merupakan sebuah program variasi hiburan komedi yang mengetengahkan isu-isu terkini dan viral menerusi pelbagai bentuk aktiviti hiburan berteraskan komedi seperti permainan, sketsa, debat santai, persembahan muzikal, parodi, temu bual dan pelbagai lagi. Selebriti popular tanah air akan diundang pada setiap minggu.

Selain itu, program ini juga bakal menyaksikan penglibatan secara langsung daripada penonton di mana terdapat sebuah segmen khas untuk penonton menonjolkan bakat mereka dan penonton juga berpeluang untuk menentukan cabaran yang harus dilakukan oleh Johan dan Zizan.

JOZAN akan mula dipancarkan secara langsung pada setiap hari Selasa mulai 24 Julai 2018 jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 124). Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.’’

~~~~

Wah wah... sabar menanti hari Selasa minggu depan ya.

Thursday, July 19, 2018

Thursday, July 19, 2018

Pelajar Sekolah Pakai Kasut Hitam mulai tahun depan


Pelajar Sekolah Pakai Kasut Hitam mulai tahun depan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat pengumuman, mulai penggal 2019 pelajar akan dibenarkan memakai kasut hitam.

Wahhh seronoklah pelajar sekolah dengar berita ni. Dapat pakai kasut hitam ke sekolah. Tak perlu lagi pakai kasut putih. Tak risau dah kalau ada spot check kasut. Hihi. 

Yang lagi gembira, mak mak kan. Tak perlu lagi sental kasut anak yang bertukar warna hari-hari. Hikhik. 

Tak kisahlah kasut putih atau hitam, kebersihan tetap perlu dijaga. Kasut hitam pun perlu diberi perhatian kan. Jangan sampai lunyai atau pudar warnanya. Hihi.



Thursday, July 19, 2018

Lirik Lagu Selamat Tinggal Sayang – Haqiem Rusli



Lirik Lagu Selamat Tinggal Sayang – Haqiem Rusli

Aku berhenti
Berhenti berharap
Tuk mendapatkan cinta darimu
Tak bisa kau melihat
Besarnya cinta ini padamu
Ku selalu menangis
Dan ku selalu bersedih
Melihat kau bersama yang lain
Tersiksa jiwa ini
Terluka hati ini sayangku
Selamat tinggal sayang
Ku ucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti
Ku selalu menangis
Dan ku selalu bersedih
Melihat kau bersama yang lain
Tersiksa jiwa ini
Terluka hati ini sayangku
Selamat tinggal sayang
Ku ucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti
Selamat tinggal kasih
Ku ucapkan kepadamu
Pergi kau dari hidupku
Ku tak ingin disakiti