Breaking

Friday, 20 July 2018

Johan dan Zizan bergabung dalam JOZAN di Astro Warna

JOZAN kembali! Yer, Johan dan Zizan. Cik Rose tahu ramai yang merindui kemunculan mereka berdua kan. Tak nak secara solo tapi secara duo gitu. 

Cik Rose sendiri merindui gandingan mereka berdua. Kalau solo dah best, inikan pula bila mereka bergabung!


Jangan risau, kini ada program JOZAN!

Dari facebook Astro : 

‘’Kemunculan terakhir Johan dan Zizan selaku Jozan adalah kira-kira enam tahun lalu menerusi program Maharaja Lawak Mega 2012 yang menyaksikan mereka munjulang trofi juara. Kini, mereka kembali menerusi program terbaharu, JOZAN.

JOZAN merupakan sebuah program variasi hiburan komedi yang mengetengahkan isu-isu terkini dan viral menerusi pelbagai bentuk aktiviti hiburan berteraskan komedi seperti permainan, sketsa, debat santai, persembahan muzikal, parodi, temu bual dan pelbagai lagi. Selebriti popular tanah air akan diundang pada setiap minggu.

Selain itu, program ini juga bakal menyaksikan penglibatan secara langsung daripada penonton di mana terdapat sebuah segmen khas untuk penonton menonjolkan bakat mereka dan penonton juga berpeluang untuk menentukan cabaran yang harus dilakukan oleh Johan dan Zizan.

JOZAN akan mula dipancarkan secara langsung pada setiap hari Selasa mulai 24 Julai 2018 jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan siaran serentak di Warna HD (saluran 124). Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.’’

~~~~

Wah wah... sabar menanti hari Selasa minggu depan ya.

No comments:

Post a Comment