Thursday, July 19, 2018

RESEPI SERAWA DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH



RESEPI SERAWA DURIAN YANG SEDAP DAN MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Durian ambil isinya – terpulang banyak mana.
Daun pandan- disimpul
Gula kabung/gula Melaka (Cik Rose agak-agak je) – boleh juga guna gula pasir.
Santan Pekat
Air
Secubit garam
Sagu - terpulang nak letak atau tak.

CARA:
1. Rebus sagu hingga kembang. Tapiskan.
2. Cairkan gula melaka dengan air, masukkan juga  daun pandan yg disimpul. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.
3. Tambahkan santan pekat .
4. Masukkan sagu yang dah direbus tadi, daun pandan dan durian.
5. Kacau kuah hingga pekat.
6. Tutup api, dan siap!


Boleh dimakan dengan roti, biskut, pulut atau apa sahaja yang disukai. Macam Cik Rose, lebih suka makan begitu sahaja. Ala-ala bubur gitu. 

Air tangan suami sebenarnya ni. Bukan Cik Rose yang masak. hihi. Cik Rose cuma berkongsi resepi. Maklumlah, tengah musim durian ni. Apa kata, kita pelbagaikan durian tu kan. Selain di makan durian begitu sahaja, boleh buat serawa, boleh buat bubur kacang hijau campur durian. Boleh juga makan dnegan pulut. 

Alhamdulillah, puas makan durian musim kali ini. Tak macam tahun lepas, haga melambung kan. Sebiji sampai berpuluh ringgit. Hihi. Kali ni, memang murah. Tapi, ikut kawasan juga kan. Ada kawasan yang murah, dan ada kawasan yang mahal 

Selamat menjamu selera!

13 comments:

  1. Replies
    1. Ye sedap kan... Ros pun dah suka serawa durian sekarang..

      Delete
  2. Replies
    1. Betul. Cicah roti, biskut. Alahai sedap kan

      Delete
  3. Replies
    1. Hihi bahaya buat kak Ros... tak sedar berapa keping roti makan nanti..

      Delete
  4. Favourite ni,memang tiap kli beli durian mesti buat

    ReplyDelete
  5. aduii..kami dah lah tengah pantang durian..ini adalah dugaan haha..xpe xpe kita perati je dari jauh dulu

    ReplyDelete
  6. Yummm sedapnyaaaa..makan cicah dengan roti.. Kenyanggg 😍 tiba2 rasa nak suruh mak membuat

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Dah lama tak buat.. kalau buat kena buat roti jala sekali, baru laku serawa durian kat rumah ni..

    ReplyDelete
  8. Sedappp serawa, cicah lak dengan roti sandwich gardenia tuu, pergghh. Lazatt..

    ReplyDelete
  9. TB baru makan bubur durian hari tu.. serawa ni sama ke macam bubur durian?

    ReplyDelete
  10. I selalu beli sebab ingat susah nak masak, ntapi sebenar nyer nampak macam senang juga, nak cuba recipe ini.

    ReplyDelete