Pisang Goreng Cheese Sedap

Thursday, March 21, 2019
Pisang Goreng Cheese Sedap.

Assalamualaikum.

Sejujurnya, Cik Rose bukanlah penggemar pisang goreng cheese. Cik Rose lebih gemar makan pisang goreng begitu sahaja. Duduk Johor, belajar makan dengan sambal kicap. Alhamdulillah, sedap!

Dulu, pernah beli pisang goreng cheese. Cik Rose makan tak banyak mana. Cepat muak. Mungkin juga kerana Cik Rose bukanlah pencinta cheese. Makan gitu-gitu je. Kek cheese ke apa ke, memang makan sikit-sikitlah. Bukan tahap peminat berani mati. hihi. 

Baru-baru ni, kawan Cik Rose(merangkap jiran satu blok) ada buat pisang goreng cheese. Cik Rose pun rasalah. Alahai, sedapnya korang. 

Tadaaa:


Pisang dia sedap tau. Tepung tu rangup-rangup manja. Ada cheese, dan diimbangi dengan rasa coklat lagi. Lengkap! Memamg sedap.

Cik Rose ambil satu, masuk mulut. Ambil lagi satu, masuk mulut. Dan diulang-ulang. Eh tiba-tiba dah habis! 

Nampak tak sedapnya? hihi.

Alhamdulillah, rezeki.
Moga murah rezeki awak.


Tips nak makan pisang goreng cheese, makan panas-panas. Dan jangan makan bersulamkan air manis. 

Ye ye je, bagi tips bagai kan. Bolehlah. Betul lah tu kan. hihi.

6 comments:

  1. wah..nampak sdap sgt tu sampai xsedar dah habis..:)

    ReplyDelete
  2. akak sebagi org johor tetap suka layan pisang grg ngn sambal kicap ehehehe
    tp sesekali klu ada pisang grg ngn cheese kita layan jgk...

    ReplyDelete
  3. kita pun suka makan kosong camtu je...ada cheese ni tak berapa gemar sangat..tapi kalo ada, makan aje...

    ReplyDelete
  4. kite suka semua jenissss pisang goreng. macam mana pun x kisah.
    eyh tapi memang first time makan pisang goreng dgn sambal kicap kat Melaka n Johor time tu.
    pelik mula2 tapi lama2 addicted. skrng kat Penang pun da ade orang jual gitu =D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.