ERTI BAHAGIA BAGI WANITA !

January 13, 2016


Assalamualaikum.




Hihi.. Jangan di tanya mengapa Cik Rose makin emm emm. Berani nak tanya?... hahaha.

Gambar kat atas tu sebagai hiasan saja. Tak mewakili perasaan Cik Rose. hew hew.

Sekarang ni kan, bila jumpa teman lama, semua pakat dok tanya 'wahh makin berisi la..hati senang ni.' Cik Rose senyum je :)

Ada pula yang saje je nak ambik hati Cik Rose.. Senyum-senyum cakap, 'Eh Ros dah kuruslah'. 'Badan Ros dah susutlah. 'Baju Ros dah longgarlah.' Hahahah. Ketawa je Cik Rose dalam hati ni. Saje je kan, hihi.. Perlilah tu. hihi. Berkatalah benar. Cik Rose tak apa-apa. haha. Memang kenyataan!

Sebenarnya orang tak tahu betapa bersungguhnya usaha Cik Rose nak turunkan berat badan ni. Tapi, tulah Cik Rose ni tak sampai hati nak menghancurkan hati orang. Malam sebelum tidur, dah nekad dah. Esok aku nak diet, nak exercise supaya dapat turunkan berat badan aku ni. Tapi, bila Cik Rose sampai tempat kerja, officemate ajak gi sarapan. Cik Rose tak sanggup nak hampakan perasaan dia. So, ikutlah gi sarapan. Balik dari sarapan tu, cakap dalam hati, 'tengahari ni tak yah makanlah. Diet.' Bila tiba tengahari, ada je pelawaan dari teman-teman. Tak gamak hati ni nak menolak. Takut teman berkecil hati. Gi makan.. Hahaha. Balik rumah, dah insaf ni tak nak makan. Tapi, segala macam makanan atas meja tu dok panggil-panggil. Apalagi, tanpa membuang masa, Cik Rose menjamu selera. Tak elok membazir, kan? Bila tiba time nak tidur, mulalah berazam kembali, esok aku kena diet!

Dan begitulah hari-hari yang berlalu sampai hari ni :)

Bila nak insaf ni Cik Rose?.. haha.

Sebenarnya, Cik Rose tak salahkan teman-teman yer. Nafsu Cik Rose ni yang tak dapat dikawal. hihi.. Cik Rose tak kuadddd... hew hew..

Apapun, diri kita, kitalah yang perlu mengubahnya. Jangan nak salahkan orang sekeliling atau keadaan yer!

Sendiri mau ingat!



You Might Also Like

4 comments

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS