30 September 2011 - Alhamdulillah, Anniversary ke 5 pernikahan

October 04, 2016

Assalamualaikum.

30 September 2011.
Alhamdulillah. Menginjak ke usia 5 tahun pernikahan.




30 September : Pernikahan.
01 Oktober : Kenduri pihak perempuan.
08 Oktober : Kenduri pihak lelaki.



Cik Rose buat entry khas ini, hanyalah untuk abadikan di blog sendiri. Jangan salah faham yer. Di masa mendatang, bolehlah Cik Rose menggamit memori sendiri. Hikhik. 

Cik Rose berterima kasih pada semua yang sudi mendoakan yang baik-baik buat kami. Alhamdulillah.


Berapa pun usia perkahwinan, bukanlah satu ukuran. Yang penting hati masing-masing kan. Kita yang lalui hari-hari bersama. Kita yang hadapinya. Kita yang bertanggungjawab.

Jagalah ia sebaiknya. Usah disia-siakannya. 


Cik Rose masih berusaha untuk bergelar ibu. Doakan Cik Rose dan suami dimurahkan rezeki untuk memiliki cahaya mata. Hati masih sensitif seperti biasa. Hihi. Cepat terusik. Ada yang kata, lama-lama ok lah tu. Lali nanti. Tapi, tidak bagi Cik Rose. Cepat benar sensitif bila ada yang bergurau bab zuriat. 

Terima kasih sudi meluangkan masa membaca tulisan Cik Rose kali ini dan mendoakan buat kami. 

Terima kasih!.



You Might Also Like

3 comments

  1. selamat ulang tahun perkahwinan....insyALLAH nnti ada rezeki, adalah zuriatnya...mmg soalan org mcm mcm...sabar dan tabahkan hati...

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun perkahwinan buat ros dan suami..
    cool and steady k..
    pekakkan telinga dr mendengar yg negatif.
    cuba positifkan diri
    yakin dgn diri dan suami
    sebab Allah ada utk membantu.. :-)

    ReplyDelete
  3. moga kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS