IKAN CENCARU BAKAR SEDAP - MANA NAK CARI?

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Pagi-pagi nak cerita bab makanan ni ha. Ikan bakar! Suka tak makan ikan bakar? Kalau Cik Rose ni, suka. Tapi tengok dulu jenis ikan.

Pagi ni tetiba teringat ikan cencaru bakar! Sedapnya. 

Kat bawah ni ikan cencaru bakar pemberian jiran Cik Rose :


Thank you my friend! Sedap aihh. Cicah pula ayaq asam. Makan dengan nasi panas-panas. Aduhai. Tak sedar bertambah nasi!

Resepi Ikan Cencaru Bakar versi Cik Rose.

Ikan cencaru.
Bawang besar, cili kering, garam, kunyit, halia dikisar.

Sapukan bahan kisar tadi pada ikan cencaru. Nak guna ikan lain pun boleh aje. 

Balut ikan tu dengan daun pisang. Dan bolehlah bakar. Guna oven boleh, guna pemanggang ajaib boleh, kuali boleh atau nak yang sedap haruslah bakar betul-betul guna arang bagai kan. 

Resepi Air asam versi Cik Rose : 

Sedikit bawang besar, cili padi, dikisar.

Tomato dan bawang besar dipotong dadu. Cili merah dihiris. 

Semua bahan tadi dicampur ke dalam air asam jawa. Dah siap.

Simple jer resepi versi Cik Rose.
Emmm kat kedai mana nak cari ikan bakar tengahari ni? Hihihi.



  
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
5 October 2016 at 08:40 ×

senang aje rupanya. haha. semalam baru makan ikan keli bakar.

aik, dah macam-macam kaler blog kak ros skang :P

Balas
avatar
admin
6 October 2016 at 12:08 ×

sedap jugak ni tapi kita x makan ikan..hehehe

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment