MAKAN TENGAHARI DI CRYSTAL INN HOTEL BATU PAHAT

Assalamualaikum.

Alkisahnya minggu lepas, masa waktu tengahari. Cik Rose dan kawan-kawan tak tahu nak makan kat mana. Fikir punya fikir, kitorang ke Crystal Inn. Salah sebuah hotel di Batu Pahat. Amboi, kemain yer. Makan tengahari di Hotel Cystal Inn. Sesekali bolehlah. Kalau selalu, minta ampun, mintak maaf! Hahaha.

Kitorang pergi berempat. Masing-masing order makanan dan minuman yang berlainan. Tapi, Cik Rose hanya ambil gambar menu yang Cik Rose pilih jer. Segan pula nak ambil gambar makanan member lain! hikhik.

Air pilihan Cik Rose, Ice blended Mocha with cream and oreo. Sebab Cik Rose ni penggemar mocha, cappuchino, latte segala bagai, jadinya memang sedaplah di tekak Cik Rose ni.


Makanan pula, Cik Rose memilih Fish & Chip. Rasanya? ok lah. Tapi pada tekak Cik Rose lebih sedap Fish & Chip di Secret Recipe.
Sekarang ni memang kalau makan luar, suka pula order Fish & Chip. Selera dah berubah kot!
 

Kalau yang ingin merasa hidangan ni boleh ke :

Alamat Hotel Crystal Inn : 36, Jalan Zabedah, 83000 Batu Pahat, Johor.

Warga Batu Pahat mesti tahu di mana Crystal Inn ni kan?

 

Previous
Next Post »

5 comments

Click here for comments
Thanks for your comment