TINGKATKAN PAGEVIEW BLOG DENGAN TEMPLATE MESRA SEO

Assalamualaikum.
Ada yang tanya, dalam beberapa hari ni kenapa template blog asyik bertukar jer. Hihi. Terima kasih, masih ada yang perasan kewujudan blog Cik Rose ni.  Alhamdulillah.


Cik Rose saja nak bereksperimen sendiri. Nak menilai dengan teliti, mana yang terbaik buat INILAH REALITI BUKAN FANTASI ni. Template sebelum ni, agak lama juga Cik Rose guna. Buat sendiri je, cari sendiri. Tanya Mr Google. Hihi. Alhamdulillah, dengan template tu banyak perubahan positifnya. Template mesra seo.Pageview meningkat, dan blog lebih ringan. Bab pageview tu memang Cik Rose suka sangat. Meningkat dengan jayanya. Alhamdulillah. 
Tapi, bila dah lama guna tu, mata Cik Rose ni nak yang warna-warna menarik pula. Tu yang gatal tangan edit-edit bagai ni. Hihi. Dah jumpa yang suka, ada yang tak kena. Bila dah ok kat sini, kat sana tak ok. Hihi. Biasalah kan. Oleh sebab itu Cik Rose ambil masa dalam seminggu juga berkesperimen ni. Ada yang pelik, hari ni template lain. Datang blog Cik Rose esoknya, dah lain pulak. Hihi.

Setakat hari ni, inilah pilihan Cik Rose untuk blog INILAH REALITI BUKAN FANTASI ini. Esok tak tahulah kan. Sebab Cik Rose nak yang terbaik buat blog ni. Sayang tau.

Bukan ambil masa sehari dua untuk memiliki blog yang terbaik ni. Ambil masa yang lama. Cik Rose bertatih dari bawah. Dari Pageview puluh-puluh jer di tahun 2011. Dan kini Alhamdulillah dah mencecah angkah ribu. Dari zero bab coding, kini dah tahu sikit-sikit. Walaupun bukanlah sempurna. Tapi, CIk Rose cuba buat sendiri. Sebab rasa puas bila baca balik entry-entry yang pernah Cik Rose tulis selama ini. Cik Rose bermula dengan cerita personal je. Cik Rose masak, Cik Rose kongsikan resepinya. Cik Rose gi mana-mana, Cik Rose kongsikan cerita tentang sesuatu tempat. Cik Rose cerita perihal anak-anak saudara Cik Rose. Sebab CIk Rose nak abadikan kenangan tu. Nanti boleh mereka baca gelagat mereka bila dah eningkat dewasa.

Dari genre personal, Cik Rose pelbagaikan genre. Ada sukan, ada lirik lagu, ada petua. Cik Rose ni memang minat SUKAN. Tapi, minat tengok jer. Hahaha, boleh gitu? Dulu, masa zaman sekolah, kalau ada sukan SUKMA, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Memang depan tv lah tempat Cik Rose. Tengok dengan ayah. Bolasepak. Memang suka bolasepak tempatan. Tengok di tv tu semestinya. Cik Rose jugak suka pergi stadium. Lain suasana dia tau. Semangat habis. Setakat ni, Stadium Darul Aman, Kedah dan Stadium Larkin, Johor je yang pernah Cik Rose pergi. Semua tu Cik Rose ada share di dalam blog ini.

 LIRIK LAGU- banyak yang Cik Rose kongsikan. Minat menyanyi, tapi nyanyi sendiri jer. Sebab suara Cik Rose tak power. Hahaha. Dulu memang Cik Rose suka salin lirik menerusi radio. Dengar je lagu kegemaran kat radio, berlari ambil buku lagu dan pen. Duduk sebelah radio salin liriknya. Lagu melayu ke, lagu English ke. Salin jer. Betul ke salah belakang kira, nanti dengar lagi boleh ubah. Memang kena tangkas jari ni menulis. Bagi Cik Rose, aktiviti tu boleh menajamkan minda. Hihi. Sebab kita mendengar dan kita mencatat. Gunakan deria pendengaran dengan baik sambil jari laju menulis, kan. Itu teori Cik Rose jer. Sebab tu Cik Rose suka subjek Sejarah masa sekolah dulu. Bila kena buat nota Sejarah, memang Cik Rose suka. Olah balik ayat melalui pembacaan di buku teks. Nota tu bukan kena salin sebijik-bijik dalam buku teks. Kalau salin sebijik-bijik baik awal Photostat jer. Eh, dah jauh pulak cerita bab sekolah. Back to story semula! Hikhik.

Tujuan asal nak cerita bab penukaran template blog. Dah jauh pergi ke macam-macam cerita. Takpe, layankan aje. Laju je menaip sambil mengenang nostalgia lama ni. 

Ramai yang menggunakan template mesra SEO sekarang ni. Ada pelbagai pilihan template mesra SEO yang percuma. Boleh pilih mana yang sesuai. Cik Rose pun tak terlepas dari mencuba. hihi.

Apapun pilihan template blog, Cik Rose akan tingkatkan kualiti penulisan Cik Rose ni. Cik Rose taknak dikenali sebagai blogger ‘kopi-pes’. Hikhik. –Cik Rose suka coffee! Eh. Sebagai blogger, carilah idea yang segar dan cuba karang sendiri, bukanlah menggunakan cara yang mudah dengan mengambil sebiji-biji dari blog orang lain.


Itu je buat masa ni.  Sehingga berjumpa di entry lain.


Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
6 October 2016 at 18:49 ×

Wah template mesra seo tu mcm mana nk tau?

Balas
avatar
admin
10 October 2016 at 22:39 ×

Alhamdulillah barurni dah tambah coding untuk seo kan blog.. cewahhh.. BW here..!!

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment