Thursday, July 20, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Cerita Syawal 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - Cerita Syawal 2017|Assalamualaikum.

*entry ini telah didraf pada minggu kedua Syawal, namun tidak di post. Hihi. Makanya Cik Rose edit kembali apa yang patut mengikut kesesuaian tarikh semasa.

Di kesempatan ni Cik Rose nak kirimkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Inilah Realiti Bukan Fantasi. Terima kasih sudi berkunjung di sini. Cik Rose hargai kehadiran anda.

Macam mana sambutan Syawal korang. Mesti meriah kan. 

Alhamdulillah, raya kali ni, Cik Rose berkesempatan balik kampung beraya dengan mak ayah dan keluarga. Balik kampung kali ni, naik bas. Terasa nikmat balik kampung dan dapat menjiwai lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman tu. Memang kena dengan emosi dan situasi. 

Alhamdulillah, Cik Rose memiih naik bas waktu siang dari Batu Pahat. Kalau sebelum ni, balik Kedah naik bas mesti bas malam. Sengaja mahu mencari kelainan. Namun bas direct ke Kedah tak ada waktu siang, jadi Cik Rose turun di Butterworth. 

Kawan-kawan Cik Rose hantar ke stesen bas. Gerak dari office seawal jam 9 pagi. Terima kasih! Sayang semuanya. 




Cerita Syawal 2017


Dapat beraya dengan mak ayah, berkumpul adik beradik. Di bawah ni gambar bersama keluarga pada hari raya kedua, di rumah Along Cik Rose. 




Seminggu beraya di kampung. Sempat juga melawat keluarga mertua. Cuma sedih tak dapat beraya bersama suami dek kekangan tugas beliau. Ada ops di Sabah. Apa-apapun, Cik Rose bersyukur.

Raya kali ni berjalan sakan. hi hi hi. Raya, berjalan rumah kakak di Sri Iskandar, Perak, ke Pulau Pinang jalan-jalan cari makan, ke Jitra rumah mertua. Jalan-jalan sekitar Alor Setar. Last sekali ke |Mersing beraya rumah saudara. 

Alhamdulillah meriah.

Raya pertama dan kedua, adik Cik Rose dapat tempahan catering untuk 150 orang makan. Menu untuk raya pertama Lontong, nasi impit dan kuah kacang. Raya kedua pula nasi minyak, ayam goreng berempah dan daging masak hitam. Gambar menu raya pertama tak sempat nak ambil, ada gambar menu raya kedua je. Daging asak hitam tu memang kegemaran Cik Rose!






Iklan sat.


Untuk tempahan boleh hubungi Syafiq : 0125203766 

Sedia mengambil tempahan makanan di sekitar Merbok, Sungai Petani dam berhampiran dengannya. 

Itu untuk tempahan, menu di rumah pula lain. Raya pertama rendang daging, ketupat, lemang dan nasi impit. 

Raya kedua nasi minyak. Raya ketiga ke Penang. Raya keempat makan nasi kandar. hi hi. Raya kelima, mee kari. Raya keenam special. Banyak juadah. Nasi minyak lagi, daging masak hitam, ayam goreng berempah, sambal udang, rendang ayam. Puas makan!



Alhamdulillah.

Baju raya. Bersederhana konsepnya. Kat bawah ni, Cik Rose beli baju online. Sweet je warnanya. Soft yellow. Konon nak bergaya ala Sari Yanti gitu. Tapi, bila dah cuba pakai, rasa lain pula. Macam Cik Rose tak dapat nak bawa warna ni. Hi hi. Cik Rose pakai raya kedua. Masih in love dengan warna ni!




Seminggu bercuti, bila nak naik kerja lemau sikit rasa. Biasalah tu kan. Mood tak sampai lagi!

Oh sebelum mengakhiri entry raya ni, Cik Rose nak selit sikit dengan kiriman kurma ini. Kiriman dari rakan-rakan di office lama. Dikirim beberapa hari sebelum raya, sungguh buat hati Cik Rose terusik. Terharu dengan ingatan ini.




Terima kasih ya kawan-kawan.


Oh ya hari ni 20 Julai, Syawal pun bakal berganti minggi depan. Di hujung-hujung ni masih ramai yang menganjurkan rumah terbuka kan.

Moga kita semua dimurahkan rezeki. Aminn.



4 comments:

  1. raya saya kurang meriah tahun ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Cik Rose bersyukur dapat beraya dengan keluarga tahun ni.

      Delete
  2. sama la rose.. dah hujung-hujung ni makin banyak pula rezeki open house

    ReplyDelete
  3. takpe tak dpt beraya ngn en abg jnji dpt beraya ngn family hehehhe....

    ReplyDelete