Monday, October 20, 2014

ENTRY ROJAK PASEMBOR


Selamat petang.. Apa khabar semua?.. Semoga semuanya sihat yer..
Hai, sekarang ni main cak cak pulak. Kejap ada, kejap timbul.. Sibuklah konon kan. hihi.. Mohon percaya. Memang sibuk sikit sekarang. Tak sempat nak karang entry ke, nak buat sceduled post ke.. Semua tak sempat. Maklumlah musim temuduga sekarang ni kan.. Dok jadi urusetia temuduga. Dengan tugas hakiki lagi kan. Balik rumah pun tak smepat, sebab macam-macam benda nak dibuat. Rumah tu dah macam apa lagi. Hihihi. Jadi rumah persinggahan pula. Hari bekerja kat Jb, hari minggu kat BP.. Moga dipermudahkan untuk bertukar ke BP.. Aminn.. 

Lusa ni Deepavali. Korang ambik cuti tak?. haa, ni yang seronok nak bagitahu ni. Saya ambik cuti Khamis nanti. So, dapatlah 4 hari kan. Rabu, khamis, Jumaat dan Sabtu. Plan nak balik kampung(Kedah).. Tapi tak tahu lagi macam mana. Moga dipermudahkan. Dah rindu sangat pada mak ,ayah dan keluarga. 

Tahniah buat pasukan Kedah! Alhamdulillah mendahului Pahang dalam separuh akhir pertama, malam tadi. Penentuannya minggu depan pula, di Stadium Darul Makmur.. Moga ada kejayaan lagi buat Kedah untuk melangkah terus ke peringkat akhir. Malam tadi bukan main semangat dok tengok kat tv. ada kejutan dari encik husband. Tiba-tiba dalam pukul 8.30, encik husband ketuk pintu rumah. hahaha.. Datang dari BP, suprisekan isteri ni.. hihi.. Pagi tadi, subuh-subuh dah balik semula ke BP. Naik motor lagi tu.. 

Ok, sehingga berjumpa di lain entry :)
Maaf, kawan-kawan. Tak sempat jengah blog anda lagi.. akan cuba ambil masa untuk balas kunjungan :)

Terima kasih tau sudi jugak hadir di blog ni :)

p/s: Malam ni separuh akhir Piala Malaysia, antara JDT dan Felda. Korang pilih mana? Saya pilih Felda sebab ada Indra Putra. Minat beliau dari zaman beliau di Perak lagi.. Masa tu saya pun still sekolah lagi.. Semoga  berjaya buat kedua-dua pasukan. Moga yang terbaik akan menang :)


24 comments:

  1. saya pilih johor lah ros..hehe
    tabahnya encik hubby naik motor dari BP-JB.hehe.semoga dapat ditukarkan ke BP.
    tahniah penyokong Kedah!

    blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. amboi mcm2 update dlm 1 entry. huhu pape pon ok je asalkan blog berupdate kan? hehehe cx sokong jdt. heheh

    ReplyDelete
  3. Mula2 ingat kedah akan kalah..ye la..dah lama tak naik pasukan kedah ni..kan??semoga minggu depan kita akan berjaya ke final pulak.hehhe

    ReplyDelete
  4. semoga semua plan akak dipermudahkan oleh ALLAH. aamiin :)

    xpe kak, slow-slow erk... moga2 dapatlah balik Kedah tu. hee

    ReplyDelete
  5. tak apa rojak pasembor sedap apa? he he he...

    ReplyDelete
  6. amboi entry express tapi sempat jugak karang dalam sibuk-2 kan... panjang lagii tu.. hahaha :D

    ReplyDelete
  7. singgah sini.. wah bestnya dapat cuti lama... sy kena koje..hehhe

    ReplyDelete
  8. Hihih...saya dapat cuti 5 hari Ros...best tak?

    ReplyDelete
  9. mmg cuti panjang hujung minggu ni ... ramai yg plan balik kg rasanya . kerja kawin pun byk tu ... seronok dia dapat surprise . bp dgn jb x jauh ... bola jdt ngan felda tgh on ni . asal johor , soking jdt lah .

    ReplyDelete
  10. Oo..patutla lama x update blog..ingatkan p mana..hehe..

    Semlm felda menang..hihi..

    ReplyDelete
  11. wah seronok le tu dia kan..selamat bercuti ros

    ReplyDelete
  12. sedapnyeee..
    jemput join segmen ni ye..
    http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

    ReplyDelete
  13. lahhhh mati2 ingat ada cite psl rojak pasembor hehehehh

    ReplyDelete
  14. chaiyok kedah.
    syok kam.bila ciksuami seprise gituu.teringat zaman ciksu pjj dedulu. hihi.
    smga dipermudahkan hendaknya.aamiin

    ReplyDelete
  15. Singgah sini and saya doakan kak Ros mengandung. Amin amin :)

    ReplyDelete
  16. mama tak pernah makan pasembor tau...

    ReplyDelete
  17. salam kenal dik, akak tgh blogwalking terjumpa blog adik. Tengah bercuti-cuti ke tu? Selamat bercuti ye!

    ReplyDelete
  18. Ingtkn ade resepi@review psl rojak pasembor,huhuu.... Cikna cuti 9hr tp duk umah je

    ReplyDelete
  19. lama x nampak kak ros XD
    takpe kak buat yg penting dulu.
    final JDT dgn Pahang le jawapnye. hehe

    ReplyDelete
  20. Ayu pon baru smpat nk terjah blog kawan2 ni kak...
    Ye yee ayu igt kak ros pos entry rojak...
    Baru nak terliur ni... ź
    Heee

    ReplyDelete