Wednesday, May 23, 2018

Pertama Kali Sampai Ke Tanjung Piai Penghujung Benua Asia

Assalamualaikum.

Penghujung Benua Asia - Tanjung Piai

Kisah seminggu sebelum Ramadhan. Sajalah keluar dengan suami, ronda-ronda naik kereta. Tiba-tiba suami ajak ke Tanjung Piai. 

Sejujurnya Cik Rose tak pernah sampai lagi Tanjung Piai, walaupun dah hampir 6 tahun di Johor. Selama ni baca perkongsian rakan-rakan sahaja. 

Bila dah ada peluang, haruslah ke sana kan! 

Perjalanan dari Batu Pahat ke Tanjung Piai memakan masa hampir dua jam setengah juga. Cik Rose ikut jalan Batu Pahat - Senggarang -Rengit -Pontian. 

Seronok perjalanannya. Tenang je pemandangan. Melalui kawasan kampung. Aih, cantik tau hiasannya. Ada bunga di sekeliling jalan, ada pintu gerbang kampung. Memang cantik!

Bertolak pun dah petang, lebih kurang pukul 3.30 petang macam tu. Sampai di sana lebih kurang jam 6 petang macam tu. 

Dah sampai, haruslah bergambar. Hihi. 


Bergambar solo je. Cik abang tak berminat pula! Hikhik.

Cik Rose suka suasana di sini. Dengan angin yang bertiup, sejuk je tau. Nyaman! Pemandangan pula cantik sangat.

Masa Cik Rose sampai, orang tak ramai. Tak tahu pula kenapa ya. Mungkin dah lewat petang ke atau hari tak cuti? Eh tak tahu Cik Rose. Hihi. 


Selepas itu, singgah juga ke Taman Negara Tanjung Piai. Singgah sekejap jer. 

Setibanya kami di sini, di sambut dengan beberapa ekor monyet. Cik Rose takut! Hahaha. Takut kena kejar uols!

Tapi, beranikan diri juga keluar dari kereta. Berjalan sedikit ke dalam. Ambil gambar di bawah ini:


Selepas itu, terus kembali ke kereta nak balik. Tak jalan banyak sebab hari dah lewat kan. Orang pun dah mula nak balik juga. 
Memang sekejap je kat sana.

Masa nak balik, sempat singgah ke Dataran Pontian. Ambil angin. Makan malam awal di sana. Makan nasi goreng daging. Sedap aih!

5 comments:

  1. tak jln2 kt tmpt yg ada hutan bakau tu ke cik rose? lenkali dtgla jln2 tp dtg pagi atau jgn lwt sgt... best jln2 area bakau tu... sejuk je

    bandar akak ni, pontian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jalan kak.. sebab tak plan ke sana awalnya. Gerak pun lambat,.. next time pergi lagi bolehlah jalan-jalan kat hutan bakau tu.

      Delete
  2. suka jugak kawasan2 tepi laut macam ni.. tapi Johor paling jauh CT sampai ke Mersing je hihi..

    ReplyDelete