DAY 20 : 31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER - TEMPAT YANG INGIN DILAWATI

January 26, 2017

Assalamualaikum.

Untuk entry sebelum ni, sila ke sini yer --->>31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER

Hai apa khabar? Moga baik-baik saja. Alhamdulilah, cuaca hari ni cerah sedikit. Setelah beberapa hari hujan. Cabaran hari ke 20 ialah tempat yang dilawati. Bila sebut tentang tempat yang dilawati ni, sebenarnya banyak yang bermain dalam minda Cik Rose. Antara harapan dan impian. Tak pasti akan jadi kenyataan atau tidak. Ada beberapa destinasi dalam dan luar negara yang ingin Cik Rose lawati sebenarnya. 




Ok, kita mula dengan dalam negara. Cameron Highland. Yes, Cik Rose tak  pernah jejak ke sana lagi. Memang teringin nak ke sana. Menikmati buah strawberry dalam cuaca yang sejuk. Oh bestnya. hihi. Dah beberapa kali meancang nak ke sana dengan Mr Army. Tapi, tidak kesampaian, kekangan waktu bersama. Insyaallah, akan teruskan planning nak ke sana. Moga tercapai. 



Kedua ialah Sabah. Kalau korang mengikuti blog Cik Rose, mesti pernah baca entry bulan madu impian Cik Rose kan. Boleh baca di sini : #MYTRAVELOKAESCAPADE- HONEYMOON DI SABAH DENGAN MR ARMY ! . Memang banyak tempat-tempat yang menarik di Sabah. Teringin nak merasai sendiri keindahan pulau-pulau di sana. Namun, dapatkah ia menjadi realiti? Cik Rose pernah duduk di Kota Kinabalu masa kecil dulu. Tapi, dah tak ingat sebab kecil lagi. Masa tu duduk di Kem Lok Kawi. Apa yang Cik Rose ingat, kami satu keluarga pernah ke suatu tempat yang ada jambatan gantung tu. hihi. Tu pun samar-samar je memori Cik Rose. 



Beralih ke luar negara. Korea! Wahhh sapa yang tak teringin nak ke Korea ni kan. Dari zaman cerita Winter Sonata lagi dah teringin. Hinggalah ke Scarlet Heart. Pasang angan-angan. Banyak tempat yang best kat sana. Bila baca blog Sis JM (Jari Manis) lagilah membuak-buak perasaan nak ke sana. Dahla sekarang ni Cik Rose kemaruk dengan produk kecantikan dari Korea. Borong mask kat The Face Shop. hihi.


Sudah pastilah Cik Rose memasang niat nak ke Mekah. Niat, berusaha dan berdoa nak ke sana. Bawak mak ayah juga. Mopga dipermudahkan. 

Sekian entry ringkas dari Cik Rose pagi ni. Semoga berjumpa lagi di lain entry :)



#jdtblogger 
#31dayschallengebyjdtblogger


You Might Also Like

1 comments

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion