TAKUT DAN FOBIA PADA KUCING? INI YANG HARUS ANDA LAKUKAN

February 11, 2017

TAKUT DAN FOBIA PADA KUCING? INI YANG HARUS ANDA LAKUKAN |Assalamualaikum. Siapa pencinta kucing? Meow meow meow. Dan siapa pula yang takutkan kucing? Sampai boleh digelarkan fobia terhadap kucing. Korang janganlah memandang rendah akan orang yang takutkan kucing. Bukan kehendak dia nak jadi macam tu. 

Cik Rose pula bukan fobia terhadap kucing. Cik Rose ok je dengan kucing. Boleh tengok kucing dan tak kisah kalau kucing lalu sebelah. Cuma Cik Rose ni jenis tak berani nak pegang kucing. Aduhhh rasa semacam je. Bukan tak pernah cuba. Tapi takutlah. Ada kisah di sebalik perasaan Cik Rose ni. Bukan saja buat-buat tau. Masa kecik pernah kena cakar dengan kucing. Tu yang perasaan takut membawa sampai ke besar! 

Lagi satu kalau kat kedai makan kan. Kucing selalu je datang kat Cik Rose. Dia macam tahu-tahu je yang Cik Rose ni penakut. Hahaha. Dalam fikiran ni mulalah terbayang macam mana kalau dia lompat atas meja? Dia lompat duduk atas riba? Rasa ngilu je tengok kuku dia. Takut dicakar!

Tapi, walau Cik Rose takut kucing, tak adalah tahap nak tendang atau usir dia. Cik Rose cuma jengket-jengket kaki je. Hihi. Kadang tu kucing ni suka pula duduk kat kaki. Hihi. Lepas tu sengaja je nak lalu bawah kain. Aduhhh situasi ni menyeramkan golongan yang takutkan kucing. Ada yang ajar kalau kucing tu macam agresif sikit ngan kita, tepuk manja kepala dia. Eh tak beranilah Cik Rose. Kang nak tepuk manja dia, dia gigit pula jari Cik Rose. Aduhh susah tinggi imaginasi ni.

Cik Rose di kelilingi insan yang cintakan kucing. ALHAMDULILLAH. Suami Cik Rose memang suka kucing sangat-sangat. Jadi, tak ada masalah buat Cik Rose kalau kucing datang dekat. Rasa dilindungi. Kah! Kawan-kawan Cik Rose pun suka kucing. Dorang pun penyelamat Cik Rose. Thank you!

Keluarga mertua Cik Rose sendiri pun amat sukakan kucing. Banyak kucing dorang jaga! Sekali nak bagi makan, beratur kucing-kucing tu semua. Kucing tempatan ada. Kucing mix ada! Hihi.

Sebab tu Cik Rose cakap yang Cik Rose bukan kategori takut atau fobia terhadap kucing. Cik Rose cuma takut nak pegang je. Macam mana nak hilangkan rasa takut nak pegang kucing? Kadang-kadang teringin tau nak pegang dan belai-belai kucing ni. Tapi, tak ada keberanian. 

Semalam, suami Cik Rose tunjuk satu gambar kucing. Sepasang kucing kembar. Comel! Dia tengok di kedai haiwan. Dia memang teringin nak jaga kucing. Tapi, sebab isteri dia penakut kucing, maka hasrat tu terpaksa dipendam dulu. 

Inilah dia pasangan kembar kucing tu : 


Alahai comel-comelnya! 

Cik Rose pun post gambar tu di instagram. Tak sangka ada yang komen dan beri tips nak hilangkan rasa takut pegang kucing ni. Terima kasih! Pemberi komen tu pun cakap yang dia dulu memang takut kucing. Tapi, sekarang dah ada 5 ekor kucing. Wahhhhh.... Macam mana dia buat tu?


Cara nak hilangkan rasa takut pada kucing. Menurut Aien, senang je nak hilangkan rasa takut atau geli pada kucing ni. Mula-mula cuba pegang-pegang sikit kucing tu. Bila dah dapat pegang, dah rasa selesa, dah hilang rasa takut, baru ke step seterusnya. Apa langkah seterusnya? Cuba riba kucing tu. Pada peringkat awal, lapik dengan kain dulu. Kalau dah ok, riba macam biasa. Kalau buat selalu, lama-lama hilang terus rasa takut nak pegang kucing. Tapi, kuncinya atas diri sendiri. Kena ada rasa minat dan sayang pada kucing. Thank you Aien. 

Insyaallah Cik Rose nak cuba nanti. Kesian pula pada suami. Memang dia suka kucing kan. Tapi tulah nak kena berani sikit. Doakan Cik Rose!

Korang ada tak yang dulu takutkan kucing, sekarang dah terbalik? Maksudnya koranglah pencinta kucing yang pertama? Jomlah share dengan Cik Rose dan pembaca-pembaca yang lain. Apa yang korang lakukan untuk hilangkam ketakutan pada kucing. 

Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua!

You Might Also Like

9 comments

  1. Akak geli juga, takpe nanti boleh try...hihih

    http://axlensa.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. ciksu suka kucing tapi x suka sangat nk membela sebab bulu kcing yg suka luruh tu lah.

    ros:
    nk mint tlg letak banner, boleh tak..
    tp whats app ciksu x blh pakai.. nak buat camna erk.. email blh tak ?

    ReplyDelete
  3. dua org kawan rapat husna takut kucing.. tp baik sgt dgn kucing, bg makan semua.. cuma jgn kucing tu dtg dekat je, terpelanting habis semua.. hihihi..

    ReplyDelete
  4. Kucing ni adalah haiwan yang manja dan seronok dibela. Ada bonding dengan manusia.

    ReplyDelete
  5. Kucing ni adalah haiwan yang manja dan seronok dibela. Ada bonding dengan manusia.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum cik rose....seronok kalau ada kucing ni...boleh belai2 n syg2 dia...kalau takut kena slow2 belai kucing tu...

    ReplyDelete
  7. aku tak takut dengan ape2 haiwan kot kecuali yg berbisa dan boleh menerkam mcm harimau ....
    klu takat insect berbisa tu ok lagi

    ReplyDelete
  8. i tak egli pun..i memang peminat kucing ni

    meh follow blog kita

    blog rabiahtul adawiyah

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS