10 FAKTA TENTANG DURIAN YANG PERLU KITA TAHU

Wednesday, March 21, 2018


10 FAKTA TENTANG DURIAN YANG PERLU KITA TAHU. Assalamualaikum. Hai, apa khabar? Cik Rose nak tanya ada yang suka buah durian? Cik Rose memang penggemar durian. Durian yang asli ya, bukan makanan yang berperisa durian. Cik Rose suka makan bauh durian, tapi kurang gemar kalau durian yang di campur dalam masakan. Contohnya bubur kacang hijau durian, durian crepe, aiskrim durian dan lain-lain.

Biasalah kita ni kan berbeza-beza. Ada yang suka dan ada yang tak suka. Macam adik Cik Rose, dia tak makan buah durian. Memang dari kecil tak makan buah durian. Alahai, kesian juga bila masa kecil dulu, ayah beli buah durian dan kitorang makan ramai-ramai. Adik je tak makan. Hihi. Dia makanlah buah rambutan.


Semalam, suami Cik Rose beli buah durian. Alahai sedapnya. Memang jenis Cik Rose, akan lebih tertarik dan suka durian yang isinya berwarna kuning. Laju je makan. Kalau putih, biasa-biasa je makan. Mengadanya selera! Hihi. Bila suami bawa balik durian yang isinya kuning macam ni, haruslah laju je makan. 
Ada yang kata tak boleh makan durian banyak sangat, dan ada macam –macam mitos berkenaan buah durian yang pernah kita dengarkan? Ok, di sini Cik Rose ringkaskan fakta tentang buah durian yang tak ramai tahu. (Info dari Kevin Zahri)

  • Tinggi Kalori? Ramai yang cakap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Sebenarnya, seulas durian baru mempunyai 50kcal. Tidaklah tinggi sangat. Sebenarnya ada je makanan lain yang kita makan hari-hari tu sama tinggi dan ada yang lebih tinggi.
  • Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
  • Tiada nilai nutrisi.Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
  • Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)

  • Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda. Janganlah kita makan banyak sangat kan dalam satu masa.
  • Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
  • Tingkatkan nafsu seks?Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan – peningkatan peredaran darah.
  • Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
  • Kurangkan stress? Bergantung, tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
  • Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas untuk satu sesi makan ok jer.
Sebenarnya kan, apa-apa yang kita makan pun kena bersederhana. Tak boleh ambil dalam kuantiti yang berlebihan. 


5 comments:

  1. Betul sangat rose.. apa-apa yang kita ambil tu biarlah bersederhana. barulah ok

    ReplyDelete
  2. Kinah memang penggemar durian tegar. Pantang jumpa durian mesti nak balun. Tapi tu dulu la. Sekarang ni makan untuk buat rasa je.

    ReplyDelete
  3. kt sini durian masih sangat mahal harganya...

    ReplyDelete
  4. suka durian..nak pulak makan sekali ngan cendol..umpphhh...dap
    sudi2 jenguk blog yang baru nih...tq for support

    https://rosapegitravel.blogspot.my

    ReplyDelete

Powered by Blogger.