Wednesday, 30 May 2018

Tabung Harapan Malaysia - tiada paksaan untuk menderma atau tidak

Assalamualaikum.

Tengahari tadi, 30 Mei 2018, Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia. 

Penubuhan ini adalah kerana melihat ramai yang prihatin ingin memberikan sumbangan setelah mengetahui keadaan kewangan negara.

Boleh baca details seperti di bawah ya :


Penubuhan tabung harapan Malaysia (THM)

Sejak siang tadi hinggalah sekarang, penuh wall facebook Cik Rose berkenaan isu ini. Ada pelbagai pendapat diluahkan. 

Satu je Cik Rose boleh cakap.

Nama pun derma dan sumbangan. Pada yang mahu memberikan sumbangan, silakan. Salurkan pada akaun bank yang tertera di atas. 

Bagi yang tidak berkemampuan atau tak mahu memberikan sumbangan, tidak mengapa. Bukan paksaan. Buat atas kerelaan masing-masing. Ini bukan arahan.

Aduduhhhh kenapa nak bertelagah?

~banyak isu di media sosial sekarang ni, sampai tak terkejar Cik Rose dibuatnya. Hihi. Baru nak baca isu itik.. ketinggalan keretapi pulak rasanya. 




Lirik Lagu Raya Floor 88 - Kemaafan Di Hari Raya


Lirik Lagu Raya Floor 88 - Kemaafan Di Hari Raya

Sebulan berpuasa
Kini menjelang hari raya
Setelah laluinya menahan lapar dan dahaga
Teruja pabila takbir bergema
Semoga bergembira di hari yang mulia kepada semuanya

Ibu dan ayah menunggu kepulangan kita
Turut sera sanak saudara, kawan dan jiran tetangga
Sekiranya ada salah dan dosa
Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa
Selamat hari raya

Sepuluh jari ku mohon
Kemaafan kerana
Jika ada tersalah tutur bicara

Sepuluh jari ku mohon
Kemaafan kerana
Jika terguris di dalam
Harap maafkan
Ku ucapkan selamat hari raya
Minal Aidil wal Faaizin untuk semua

Sepuluh jari ku mohon
Kemaafan kerana
Jika ada tersalah tutur bicara

Sepuluh jari ku mohon
Kemaafan kerana
Jika terguris di dalam
Harap maafkan
Ku ucapkan selamat hari raya
Minal Aidil wal Faaizin untuk semua

Pemberian Khas RM400 buat penjawat awam Gred 41 ke bawah

Assalamualaikum.
Tengahari tadi, Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa pekara hasil mesyuarat Kabinet.

Cik Rose tahu ramai penjawat awam yang tunggu pengumuman bonus atau pemberian khas Hari Raya kan. 

Alhamdulillah, ada rezeki. 


Perdana Menteri mengumumkan pemberian khas sebanyak RM400 kepada penjawat awam. Namun, pemberian khas ini terhad untuk Gred 41 ke bawah sahaja. Dan RM200 buat yang bersara.

Syukur ada juga pemberian buat penjawat awam sebelum ketibaan Aidil Fitri.

Tuesday, 29 May 2018

Akhirnya pokok bunga Ros berbunga setelah sekian lama merajuk

Assalamualaikum. Selamat malam. 

Malam ni nak bercerita mengenai Mini Garden Cik Rose. Sebelum ini pokok bunga Ros galak berbunga. Mekar berkembang bersama-sama Daisy dan Orkid. 


Namun, dua bulan kebelakangan ini kemarau bunga. Mula menunjukkan tanda sakit. Aduhai... mengapa.. 

Memang Cik Rose agak sibuk kebelakangan ini. Tak sempat nak belai-belai dan luangkan masa di Mini Garden. Sekadar siram sahaja di waktu pagi atau petang. 

Kalau dulu, memang Cik Rose luangkan masa seminggu dua kali. Letak baja, sembur racun serangga, potong daun-daun yang tak elok. Hihi. 


Sejak Cik Rose tengok makin lama makin sakit pokok -pokok bunga Ros, Cik Rose jadi risau! 
Mula cari altenatif untuk membaik pulih pokok-pokok bunga Ros. Sayang tau kalau mati! 

Cik Rose mula memberi perhatian yang lebih. Potong dahan-dahan yang hampir mati. Buang daun-daun yang kekuningan. 


Letak baja untuk tanah dahulu. Dua tiga hari kemudian, mula letak baja bunga. Sembur racun serangga di sekitar pasu. 

Gembur-gembur tanah. Mula displin siram bunga setiap pagi. Dah tak nak buat kejap siram pagi, kejap siram petang. Hihi. 


Alhamdulillah, bila Cik Rose konsisten buat macam tu, pokok Cik Rose dah mula berbunga. 

Tapi, bila tumbuh pucuk bunga, dia tak nak berkembang pula! Eh kenapa ni ros-ros sayang...

Kecut je bunga-bunga tu tak nak berkembang!


Cik Rose pun mula buat kajian sendiri. Hahaha amboi ayat. Cik Rose tak pandai nak terangkan pada orang atau ajar bagaimana nak ubati pokok yang sakit. 

Pada Cik Rose, bila kita jaga pokok bunga, kita tahu macam mana keadaannya kan. Setiap pokok tak sama. Masalahnya juga tak sama. 


Cik Rose simpan air basuhan beras. Dan siram pada pokok-pokok bunga Ros pada awal malam. Sajalah bereksperimen sendiri. 

Nak tengok perubahannya ada tak.

Alhamdulillah, pokok-pokok bunga Ros mula berbunga dan berkembang. Cik Rose ada 5 pasu kesemuanya. Warna putih, merah, pink, pink bandung dan pink putih. 


Moga terus tumbuh dengan sihat. Sekarang ni dah mula berbunga. Tapi, masih ada daun-daun yang kekuningan. 

Ambil masa juga kan nak baik seperti sedia kala. Kuncinya adalah sabar. Jangan tergopoh -gapah. Cuba cari penyelesaiannya. 

Tapi janganlah sampai hari-hari letak baja yang berbeza. Nanti pokok tu pening tau. Hihi.


Sekarang Ros dah mula berbunga setanding dengan Si Daisy dan Orkid! 

Alhamdulillah.

Menjadi satu kepuasan bila melihat pokok-pokok bunga di Mini Garden Cik Rose berbunga mekar. 

Monday, 28 May 2018

Sesuai ke Padanan Warna Baju Raya kita?

Assalamualaikum. 
Ramai yang dah siap pun baju raya. Dah tempah awal-awal. Yang tak sempat tempah pula, dah mula beli secara online! 

Wah wah semangat ya korang. Hihi.

Baju dah lawa-lawa, jangan salah pilih tudung. Tenggelam korang nanti. 

Eh sekarang ni jangan pakai warna sama dari atas ke bawah. No no no. Cuba pilih warna yang berbeza. Jenis Cik Rose memang tak pakai ‘matching’ atau sedondon tudung dan baju.

Contoh kalau baju merah, selamber Cik Rose pakai tudung mustard. Baju hijau, tudung merah. 

Ok di bawah ni bererapa contoh padanan baju dan tudung yang boleh kita cuba. Cik Rose ambil dari perkongsian facebook. Terima kasih buat empunya gambar ya.






Macam mana? Dapat idea tak? 

Cubalah sesekali lari dari warna sedondon. Kalau dalam gambar, cantik sangat ‘colour blocking’ tau. Menyerlah!


Saturday, 26 May 2018

Tips elakkan bibir kering semasa bulan Ramadhan

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa.

Ada yang mengalami bibir kering? Lebih teruk keadaannya di bulan Ramadhan?

Hal ni memang merisaukan ramai orang. Jangan risau. Di sini ingin Cik Rose kongsikan tips elakkan bibir kering semasa bulan Ramadhan . 


Tips elakkan bibir kering semasa bulan Ramadhan 

1. Minum air masak secukupnya, kurang atau elakkan minuman berkaffein seperti kopi,teh, air bergas
2. Elakkan menjilat atau mengetap bibir
3. Sapu lipbalm ( tak perlu spf tinggi pun dan tidak berperisa)


Mudah kan. Apa kata kita cuba, insyaallah ada perubahan positifnya. 


Sinopsis Klik Pengantin Musim Salju di Astro Ria

Assalamualaikum.
Drama Klik Pengantin Musim Salju. Dek kerana Cik Rose mengikuti drama Isteri Untuk Diiktiraf di tv1, Cik Rose terlupa akan drama ni. 


Pertama kali tengok dah episod 8. Eh macam best pulak dah! Lakonan Alif Satar memang best kan. 
Nanti bolehlah rakam je di astro. Tapi episod awal dah tertinggal. Slow-slow tengok balik nanti. 


SINOPSIS KLIK PENGANTIN MUSIM SALJU

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir.

Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?

WATAK PELAKON 

Alif Satar sebagai Adam Putra
Siti Nordiana sebagai Kasih Lateefa
Adam Lee sebagai Hud Mikael
Atikah Suhaime sebagai Karlisha Zandra
Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam
Nina Juren sebagai Tengku Alawiyah
Aleza Shadan sebagai Aisyah
Lan Solo sebagai Irham
Cik Manggis sebagai Nana
Dafi sebagai Sam
Ardell Aryana sebagai Layla
Jasmine Ashraff sebagai Aryana Putri


Selamat menonton!

Friday, 25 May 2018

Nasi Tomato yang sedap di Bazar Ramadhan Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani

Nasi Tomato yang sedap di Bazar Ramadhan Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Assalamualaikum.

Entry promosi di bulan Ramadhan.
Iklan sikit. Hihihi.

Berita baik untuk mereka yang tinggal di sekitar Sungai Petani, Merbok, Semeling dan berhampiran. Kalau teringin nak makan nasi tomato, jemputlah ke Bazar Ramadhan Bandar Laguna Merbok. 

Pilihlah tapak seperti di bawah ni, yanh tertera 'banner' Nasi Tomato Sapit.


Apa yang istimewanya nasi tomato ni adalah ia daripada 100% beras basmathi. Nyum nyum. 

Sepanjang bulan Ramadhan ni, adik Cik Rose akan berada di bazar Bandar Laguna Merbok. 

Walauoun begitu, tempahan catering masih dibuka seperti biasa. Untuk tempahan boleh hubungi Syafik di talian 0125203766

Sekali rasa pasti nak lagi! 


Macam mana nak bahagia dalam hidup?

Macam mana nak bahagia dalam hidup?. Assalamualaikum. 

~Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa~


Eh tu lirik lagu... Lagu.. Hihi. Lagu Tuhan Berikan Aku Cinta nyanyian Ayushita.

Macam mana nak bahagia dalam hidup? Macam mana nak dapatkan ketenangan diri? Persoalan itu sering bermain dalam ingatan kan. 

Ok di sini Cik Rose kongsikan 9 kunci hiduo bahagia. Kita berusaha selagi terdaya!


9 Kunci Hidup Bahagia

1. Tidak membenci.
Buang jauh-jauh perasaan benci. Aura negatif tu jangan dibiarkan dalam diri, merosak hati. Terapkan rasa suka, rasa sayang dengan orang sekeliling kita.

2. Tidak menegeluh
Ya,  Cik Rose faham, kadang-kadang kita letih. Sesekali kita rasa kecewa, penat, stress. Tapi, janganlah selalu mengeluh. Berlapang dadalah menerima setiap yang berlaku. Sentiasa fikir apa yang berlaku bukan saja-saja, tapi semuanya ada hikmahNya.

3. Bersangka baik
Positif. Itulah penting aura positif kan. Dekatkan diri dengan individu yang positif. Bersangka baik terhadap sesuatu. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Oh tapi jangan sampai 'over ' positif pula. Hihi. Seimbangkanlah kan.

4. Merendah diri
Tak rugi pun kalau kita selalu merendah diri. Buat apa nak terlalu meninggi diri. Buang sikap 'tak nak kalah' dalam sesuatu perbualan. Aduhai tak baik begitu kan.

5. Mudah memaafkan
Jika kita menerapkan dalam diri sifat memaafkan orang lain, hati kita akan rasa lebih tenang. Percayalah tak jatuh pun maruah kita kalau memaafkan orang ni. Malah kita akan rasa lebih bahagia.

6. Hindari permusuhan
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Saling menerima perbezaan sikap atau sifat. Tiada yang sempurna. Lihat balik diri kita ni. 

7. Bersedekah
Inilah yang terbaikkan. Didi diri kita rajim bersedekah. Ikhlaskan diri. Insyaallah kita rasa lebih bahagia dan tidak sesekali terbeban dengan amalan bersedekah.

8. Selalu tersenyum
~senyum seindah suria yang membawa cahaya, ssnyumkah dari hati, jiwamu berseri~ eh eh ternyanyi lagi. Hihi. Tapi, senyum biar bertempat. Jangan setiap masa tersenyum. Ada yang salah faham nanti. Hahaha.

9. Tidak dengki dan irihati
Janganlah selalu dengki dan sampai berdendam dengan orang lain. Kalau dengki dari sudut positif tu bolehlah. Contohnya kita lihat kawan kita berjaya dan kita rasa irihati. Lalu, membuatkan kita lebih gihih berusaha untuk berjaya sepertinya. Itu bolehlah kan. Jangan kita dengki sampai sanggup buat perkara yang bukan-bukan pula.

Itulah dia 9 tips yang boleh kita lakukan untuk menjadi insan yang bahagia. 

Terima kasih!

Tudung Budak Yang Comel dan Murah untuk Hari Raya

Assalamualaikum

Berlalulah sudah Ramadhan sebulan berpuasa... Tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembira... 

Eh ternyanyi pula! Hihi. Hari ni 8 Ramadhan. Baru nak menjengah ke minggu kedua Ramadhan. 

Bila sebut hari raya, anak-anaklah yang paling gembira dan tak sabar kan. Alaaa macam kita kecil-kecil dulu. Excited nak raya! Nak baju baru, tudung baru, kasut baru. 

Bila kita dah besar ni, kita tak fikir sangat kan baju raya dan lain-lain. Tapi, persiapan anak-anaklah yang menjadi keutamaan kita. 

Psssst untuk ibu ayah yang ada anak perempuan tu, mesti nak belikam tudung untuk anak-anak kan. 

Lambakan pilihan tudung di pasaran kadang kala menyukarkan kita untuk membuat pilihan, kan?. Tengok yang ini cantik, yang itu cantik. Tapi, macam susah pulak nak dapatkannya. 

Haa, jangan pening-pening. Meh singgah ke satu butik tudung khas buat si comel anda!

Tudung Si Comel!

Klik je kat sini --> Tudung Si Comel 

Ada pelbagai pilihan yang ada pastinya akan membuat anak-anak kita kelihatan comel di pagi raya!



Yang pertama adalah TUDUNG LD CLARA . Tudung kanak-kanak jenama LITTLE DARIENA yang dijahit menggunakan material Lycra.  Ianya juga mampu membuatkan Si Comel tampak lebih kemas dan ayu. 
Awning Lembut. Ianya juga sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana dihasilkan untuk MUDAH dipakaiMudah dibasuhLEMBUT dan pastinya SELESA. 
 KEISTIMEWAAN LD CLARA
 ❤❤CLARA SIMPLE DAN PERFECT ❤❤ 
✅ 2 kali sarung terus cantik
✅ Material lycra platinum lembut,  sejuk, serap peluh dan tahan lasak
✅Soft awning awning tak akan Patah  walaupun basuh guna washing  machine,  sesuai untuk mommy yang  sibuk
✅percuma brooch/sepit yang comel

SAIZ / UKURAN / UMUR
✅free saiz  sesuai utk anak umur 4-12  tahun.
        Muka -+9"
        Panjang -+60"
        Labuh Shawl -+20"
✅Labuh boleh laras..nak labuh atau nak sederhana. 
✅ model umur 4 tahun setengah dan 6 tahun
Cuba bayangkan sekiranya Si Comel kita menggayakannya nanti, pasti comel sangat dan pastinya ramai yang akan berkata, woww...comelnya anak kita bertudung. 
MATERIAL
Lycra 

Cantik tak? Mesti dah terpikat kan. Cute! 

Ok ni lagi satu design, ada kucing comel ala-ala hello kitty lagi! 


Tudung Aalia adalah tudung kanak-kanak Istimewa TudungSiComel yang dijahit menggunakan materiel Cotton Prada (Original) dihias dengan Aksesori Kucing Comel yang mampu membuatkan anak kita tampak lebih comel.

Aksesori tersebut dijahit terus agar sukar tercabut dari tudung. Si Comel puan pasti menyukainya, in shaa Allah .
Ianya direka khas buat anak-kanak kerana dihasilkan untuk MUDAH dipakai, LEMBUT dan pastinya SELESA.

SAIZ
Tudung ini dihasilkan dengan 2 saiz khas untuk Si Comel berusia 2 - 7 tahun. Model kanak-kanak kita berusia 6 tahun, bersaiz badan sederhana.
  • Size XS cadangan umur  2-4 tahun 
    (Labuh dari dagu 11inci +/- 1 inci, lilitan muka 18 inci)
  • Size SS cadangan umur  4-7 tahun
     (Labuh dari dagu 14inci +/- 1 inci , lilitan muka 19 inci)

Cantiknya la tudung budak-budak sekarang ni kan. Apa lagi, jomlah beli dari TudungSiComel ni. Beli awal, sempatlah abang poslaju hantar sebelum raya. Kalau order lambat takut tak sempat pakai raya. Jangan menyesal pula masa tu. 

Selamat membeli tudung buat anak-anak kita yang comel :)

Thursday, 24 May 2018

Tips Adsense | Pertama Kali Terima Duit Adsense

Assalamualaikum. Selamat malam!

Jarang Cik Rose bercerita mengenai adsense dalam blog, kan. 


Sikit-sikit, lama -lama jadi bukit.

Ya betul sangat. Cik Rose menunggu dengan sabar detik demi detik, untuk mengeluarkan duit adsense. Hihi. Kumpul dan terus mengumpul.

Berusaha selagi terdaya. 

Terima kasih juga buat blogger Cik Akak yang manis. Hihi. Cik Rose suka baca perkongsian Cik Akak di facebook mengenai adsense. 

Sedikit sebanyak membantu Cik Rose dan juga rakan-rakan lain. 
Banyak tips yang boleh dilaksanakan.

Antaranya, tingkatkan trafik blog. Ya, memang penting. Cubalah tingkatkan trafik blog, nanti anda akan nampak perubahannya. Sedikit demi sedikit. Kena sabar tau. Jangan nak perubahan mendadak pula. Hihi.

Updated setiap hari. Jika susah nak mengharapkan pengunjung untuk sesuatu entry yang kita hasilkan, cuba konsisten tulis entry setiap hari. Juga tingkatkan jumlah entry dalam satu hari. Membantu juga tau. 

Kalau tulis entry tu, tajuk atau kata kunci amat penting. Cuba letakkan diri kita sebagai pembaca. Apa yang selalu kita cari di google. Dan cuba letak tajuk macam yang selalu kita cari, memang membantu tau!

Susun atur iklan adsense. Penting untuk kita tahu di mana patut kita letak iklan adsense. Selalunya ramai yang letak di bahagian atas header atau sebelah header, side bar dan dalam entry. Cubalah letak, dan lihat progress nya macam mana. Tapi jangan asyik ubah setiap hari! Oh no no. Cubalah dalam seminggu dua ke. Hihi. Dan nanti kita lihat laporan pula. Iklan mana yang mendatangkan hasil dan tidak. Bolehlah kita buat keputusan kekalkan dan ubah mana yang patut kan. 

Emm banyak lagi tips adsense ni. Cik Rose belum habis belajar lagi. Banyak yang perlu dipertingkatkan lagi. 

Dah terima hasil adsense buat kali pertama

Alhamdulillah, semalam Cik Rose dah terima hasilnya. Cik Rose pilih transfer akaun bank. Bank Maybank. Cik Rose terima email pada pagi 22 hb Mei. Dan terima duit pada 23 hb Mei. 

Nampak juga usaha dalam berblog ni kan. Pemangkin semangat ni! 

Alhamdulillah.

Gambar Bunga Orkid di Mini Garden Cik Rose

Assalamualaikum. 

Perkembangan Mini Garden Cik Rose.

Agak lama tak berkongsi kisah bunga-bunga kesayangan Cik Rose di blog. Kalau di facebook dan instagram, ada juga Cik Rose letak gambar perkembanganya kan.

Di blog, agak lambat sikit sebab perlu mengarang. Hihi. 

Cik Rose letak juga di blog, untuk rujukan sendiri. Untuk kenangan sendiri, sebagai memori indah. Nanti ke masa hadapan, bolehlah Cik Rose tengok kembali gambar bunga-bunga yang pernah hadir dalam hidup Cik Rose. Cewahhh.

Di Mini Garden Cik Rose, terdapat beberapa jenis bunga. Antaranya bunga Daisy, bunga Ros, bunga Orkid, dan beberapa jenis lagi. 

Cik Rose dah pernah berkongsi tentang tips penjagaan bunga-bunga ini. Kali ini, nak kongsikan gambar bunga Orkid pula. 

Gigih Cik Rose ambil gambar satu-satu jenis hari tu. Kebetulan Cik Rose mengemas dan mencuci balkoni, letak sekejap rak bunga Orkid dalam rumah. Eh alang-alang dah ada dalam rumah, ambil gambarlah kejap. Hihi.

Bunga-bunga orkid ni semua, adalah pemberian mak Cik Rose. Nun dari Merbok, Kedah tau. Bawa ke Batu Pahat! Sayang mak!

Bunga pertama ni adalah Orkid Purple. Hai la cantik warnanya. Bunganya juga besar jugak. Maklumlah purple lover kan. Memang kebanyakan orkid Cik Rose warna purple!


Tadaaa yang kedua ni unik tau. Campuran purple dan kuning. Purple nak pink sikit. Terang warnanya. Geram je Cik Rose tengok! 


Yang ketiga ni lembut je warnanya. Masih purple. Ataupun ungu. Hihi. 


Yang seterusnya warna maroon. Orkid yang ini bunga macam kerinting. Sekali berbunag, banyak tau dalam satu ranting. 


Sesuci lebaran konsepnya. Hihi. Yang ini lembut sangat warnanya. Putih dan ada light purple. 


Yang terakhir masih warna purple. Oopsss bunganya dah patah! Sedih Cik Rose...


Antara bunga orkid yang patah. Memang Cik Rose akan simpan bunga yang patah.  

Nak tahu tak, bunga orkid ni tahan lama tau. Berbulan juga tau. Senang nak jaga juga. Tak rumit macam pokok bunga Ros!


Cik Rose masih guna baja yang mak bekalkan pada Cik Rose. Kalau nak tahu, boleh rujuk entry tentang baja yang pernah Cik Rose tulis sebelum ini : 

Minat Cik Rose pada bunga- bunga masih mendalam. Hihi. Lama juga bertahan hobi ni! Bukan mudah nak kekalkan momentum ni. 

Menjaga bunga kena sabar. Ada masa galak berbunga. Ada waktu, layu juga. Semua dah rasa. 

Macam mana pokok-pokok Cik Rose diserang penyakit dan serangga putih tu. Aih la hampir mati tau pokok-pokok. Macam mana nak buat bila daun tiba-tiba berguguran, batang kering! Sedih! 

Mulalah cari info dalam internet. Bila pergi kedai bunga, tanya macam-macam pada mereka. Berbual dengan teman Cik Rose yang juga minat bunga. Bertukar-tukar tips untuk pokok bunga. Hihi.

Moga bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose terus mekar dan hiduo dengan subur....



Wednesday, 23 May 2018

Tarikh Akhir Pos Laju Untuk Serahan Sebelum Hari Raya

Assalamualaikum.

Mesti semua tertanya-tanya tentang tarikh akhir untuk poslaju kalau nak barang sampai sebelum raya kan. 

Maklumlah sekarang semua orang lebih suka berbelanja secara online. Bukan sahaja barangan, malah makanan juga kan. 

Cik Rose sendiri beli coklat Ferrero Rocher dekat Shopee. Hahahh. Korang jangan gelak. Betul Cik Rose beli. Sebab lagi murah! Dekat pasaraya mahal bebenor. Dekat shopee murah, tambah pula free postage. Apalagi, kan. Terus beli!


Ok berbalik tujuan asal menulis entry ini. 

Cik Rose nak maklumkan yang tarikh akhir untuk menggunakan poslaju adalah pada sebelum 9 Jun 2018, jika korang nak barangan tu sampai sebelum raya!


Kalau korang pos selepas 9 Jun 2018, maka barangan korang akan dihantar selepas hari raya. 

Jangan cakap Cik Rose tak beritahu pula. Hihihi.

Tapi, kaunter tetap dibuka sehingga 14 Jun 2018. Jangan risau. Cuma tarikh penghantaran tu memang lepas raya ya. 


Usah bersedih | Setiap dari kita istimewa

Assalamualaikum. Selamat malam!

Don’t compare yourself to anyone. There’s something unique, special, and different about you that only you can offer the world. Nobody can be you. Let that part of you shine.


Kita berbeza

Perbezaan itulah yang menjadikan kita istimewa. Tiada istilah aku hebat dari kau. Kau hebat sangat. Jangan pernah merasa diri kita hebat. 

Kita miliki kelebihan yang berlainan. Ada orang pandai memasak. Ada pula handal menjahit. Ada pula berkelebihan dalam bidang pertanian. Haa tu baru contoh tau. Ada banyak lagi kan kelebihan seseorang. 

Jadi diri sendiri

Usah terlalu memaksa diri untuk menjadi orang lain. Tak salah kita berusaha dan menjadikan seseorang sebagai sumber rujukan untuk kita terus maju. Namun jangan sampai merosak diri. Jangan sampai menyiksa diri. 

Raikan perbezaan.

Ya, sentiasa berlapang dada dan bersikap positif. Alhamdulillah,  Cik Rose dikelilingi orang-orang yang positif. Bila orang lain positif, secara tak langsung kita juga akan bersikap positif. Jangan pula kita memberikan aura negatif pada orang lain. 

Lakukan apa sahaja yang kita suka, yang kita minat. Itulah yang akan membuahkan hasil dan menggembirakan hati kita. Jangan stress-stress uols!


Pertama Kali Sampai Ke Tanjung Piai Penghujung Benua Asia

Assalamualaikum.

Penghujung Benua Asia - Tanjung Piai

Kisah seminggu sebelum Ramadhan. Sajalah keluar dengan suami, ronda-ronda naik kereta. Tiba-tiba suami ajak ke Tanjung Piai. 

Sejujurnya Cik Rose tak pernah sampai lagi Tanjung Piai, walaupun dah hampir 6 tahun di Johor. Selama ni baca perkongsian rakan-rakan sahaja. 

Bila dah ada peluang, haruslah ke sana kan! 

Perjalanan dari Batu Pahat ke Tanjung Piai memakan masa hampir dua jam setengah juga. Cik Rose ikut jalan Batu Pahat - Senggarang -Rengit -Pontian. 

Seronok perjalanannya. Tenang je pemandangan. Melalui kawasan kampung. Aih, cantik tau hiasannya. Ada bunga di sekeliling jalan, ada pintu gerbang kampung. Memang cantik!

Bertolak pun dah petang, lebih kurang pukul 3.30 petang macam tu. Sampai di sana lebih kurang jam 6 petang macam tu. 

Dah sampai, haruslah bergambar. Hihi. 


Bergambar solo je. Cik abang tak berminat pula! Hikhik.

Cik Rose suka suasana di sini. Dengan angin yang bertiup, sejuk je tau. Nyaman! Pemandangan pula cantik sangat.

Masa Cik Rose sampai, orang tak ramai. Tak tahu pula kenapa ya. Mungkin dah lewat petang ke atau hari tak cuti? Eh tak tahu Cik Rose. Hihi. 


Selepas itu, singgah juga ke Taman Negara Tanjung Piai. Singgah sekejap jer. 

Setibanya kami di sini, di sambut dengan beberapa ekor monyet. Cik Rose takut! Hahaha. Takut kena kejar uols!

Tapi, beranikan diri juga keluar dari kereta. Berjalan sedikit ke dalam. Ambil gambar di bawah ini:


Selepas itu, terus kembali ke kereta nak balik. Tak jalan banyak sebab hari dah lewat kan. Orang pun dah mula nak balik juga. 
Memang sekejap je kat sana.

Masa nak balik, sempat singgah ke Dataran Pontian. Ambil angin. Makan malam awal di sana. Makan nasi goreng daging. Sedap aih!

Tuesday, 22 May 2018

Resepi Kurma Telur Yang Sangat Senang dan Sedap

Assalamualaikum. 
Selamat berbuka puasa, hari ini Ramadhan ke 6. 

Bukan semua ada skill memasak. Ada yang memang ada bakat memasak. Ada yang suka memasak. Ada yang rajin memasak. Dan ada yang sebaliknya.

Juadah berbuka puasa.

Memang banyak juadah yang dijual di bazar Ramadhan. Tapi, kadang-kadang tak menepati selera kita. Ada pula yang mahal harganya.

Bila dah selalu ke bazar Ramadhan, sampai tak tahu nak beli apa kan. Percaya tak ada rakan Cik Rose yang ke bazar Ramadhan, pusing-pusing, akhirnya balik dengan tangan yang kosong. 


Ok, jangan risau. Kadang-kadang tekak kita ni nak lauk yang simple jer. Bukan lauk yang meriah sangat tu kan. 

Cik Rose cadangkan masaklah Kurma telur. Ya, kurma telur ni simple je tau. Dan sesekali makan, memang berselera. Masak untuk berbuka puasa. Emm sedap! 

Caranya mudah sahaja, dont worry!  Resepi-resepi di blog Cik Rose ni yang simple-simple jer. Hihi. Sebab Cik Rose bukanlah terror di dapur. Ooppss. Hikhik.

Resepi Kurma Telur

Bahan-bahan
4 biji telur rebus ~ dikupas dan digoreng dahulu
2 biji ubi kentang ~ dikupas dan potong 4(Cik Rose tak letak pula, kentang tak ada)
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma ~ campur sikit air jadikan pes
 santan sederhana pekat (agak-agak ya, ikut kepekatan kuah yang kita nak)
2 biji cili hijau/cili merah dibelah
Tomato jika korang suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6 
Asam keping
Garam & gula secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
2 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 



Cara-caranya

1. Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi. Masukkan bahan tumbuk/mayang dan biar hingga wangi.
2. Masukkan pes kurma dan kacau rata hingga naik minyak.
3. Masukkan santan, kentang, garam & gula. Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak. - boleh tambah air jika nak berkuah.
4. Masukkan asam keping, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar dan cili besar/ padi. 
5. Biar seketika dan akhir sekali masukkan tomato. Kacau-kacau dulu,  bolehlah matikan api dan hidang. Siap.


Style Cik Rose, kalau masak menu telur rebus memang akan goreng dulu. Sama ada kurma atau sambal. Lagi suka yang goreng dulu.

Selamat mencuba!

Biodata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Assalamualaikum.
Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Bukan sahaja orang Selangor malahan ramai yang mengagumi beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor. 

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Tahniah Datuk Seri!


Beliau dilahirkan pada 25 Ogos 1964. Dan kini berusia 54 tahun. Masih muda dan segak orangnya!

Mula bertugas pada hari ini. Sempat Cik Rose lihat di facebook hari pertama beliau ke pejabat. Hihi. Hari ni menteri-menteri mula bertugas kan. Ramailah wartawan yang memberikan liputan. Cik Rose tengok di facebook ajer. 

Kerjaya politik beliau bermula dah lama. Dan beliau antara yang berpengalaman. Tahniah sekali lagi.

Sementara menunggu waktu berbuka tu, mai la kita mengenali siapa menteri kita. Jangan tak tahu pula tau. Ambil tahu sedikit,:) hihi. 

Biodata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik

Assalamualaikum. 
Jangan terkejut tau tengok Cik Rose updated senarai menteri dari semalam. Hihi. Benda ni penting. Untuk rujukan Cik Rose juga di masa hadapan. Dan mana tahu boleh membantu mereka yang tercari-cari siapa Menteri-Menteri Kabinet di Malaysia ni. 

Ok, kali ni nak memperkenalkan Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dr Maszlee Malik. Muda lagi orangnya. Beliau berusia 44 tahun, dilahirkan pada 19 Disember 1974.


Cik Rose dah pun follow beliau di laman instagram sebelum ini. Mengikuti jugaklah perjalanan karier beliau. Boleh follow https://www.instagram.com/maszlee

Moga dengan pelantikan beliau untuk menerajui Kementerian Pendidikan ini, dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan warga Malaysia. 

Jika dilihat dari sejarah akademik atau kerjaya beliau, Cik Rose berasa kag dan teruja mempunyai seorang menteri sedemikian. Moga beliau menjalankan amanah ini dengan baik dan berdedikasi. 

Tahniah YB Dr Maszlee Malik!