Perkembangan Bunga-Bunga di Mini Garden Cik Rose

Thursday, October 11, 2018
Assalamualaikum dan selamat petang. 
Rasa lama tak bercerita dan berkongsi tentang bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose.

Masih mempunyai minat yang utuh terhadap bunga-bunga. Cumanya kekangan masa untuk menulis tentang perkembangan bunga-bunga ni. Apa yang disibukkan tu Cik Rose? 


Biasalah dalam apa jua yang kita lakukan, ada pasang surutnya juga. Tak selalu kita di atas, kadang -kadang perlu menoleh di bawah. 

Eh eh kenapa ni?

Alhamdulillah, bunga-bunga masih mekar berkembang. Bulan lepas, Cik Rose kerap kali balik kampung dan meninggalkan Mini Garden Cik Rose.

Hati mana yang tak gusar bila bunga-bunga ditinggalkan. Baru tumbuh pucuk, belum sempat berkembang, dah ditinggalkan beberapa hari pula. 


Di entry akan datang, Cik Rose akan kongsikan cara yang Cik Rose lakukan untuk mengembalikan kesegaran bunga-bunga ini. 

Cik Rose dah bereksperimen sendiri dan tengok hasilnya. Ok ke tidak. 


Masih mengekalkan jenis bunga yang sama di Mini Garden Cik Rose ini.. ada bunga ros, bunga orkid dan bunga daisy. 

Cik Rose sayang semua bunga-bunga ini. 

Sekian, bertemu lagi di entry akan datang ya . 

3 comments:

  1. cantiknya bunga-bunga cik rose! Tak sabar nak tunggu tips penjagaan

    ReplyDelete
  2. x sabar nyer lah nak ada garden sendiri, rose.
    da plan.
    da beli alatan.
    da beli few pasu.
    tunggu nak pindah jer nanti.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.