Tuesday, February 21, 2017

TIPS MENCARI SYAMPOO YANG SESUAI DENGAN RAMBUT

Assalamualaikum.

Hai semua! Ceria-ceria selalu di pagi Selasa yang indah ini. Excited hari ni. Tak tahu kenapa. Hihi. Apa khabar? Cik Rose doakan semua berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Aminn. Semalam Cik Rose kena sakit kepala. Tak sure kenapa. Tapi, rasanya sebab makan makanan yang ada serbuk perasa kot? Aduhhh duhh menahan sakit kepala semalam. 

Rambut yang sihat memang menjadi idaman setiap orang kan. Tak kisah perempuan atau lelaki. Nak menjaga rambut bukan mudah. Salah guna shampoo boleh gugur rambut. Rambut rosak. Dan mungkin timbul kelimumur. Oh no! 

Cik Rose akui sendiri, yang Cik Rose juga menghadapi keguguran rambut. Cik Rose cuba pelbagai jenia shampoo. Ikut suka je. Kadang tu tergoda dengan iklan! Hahaha parah gini. 

Ada beberapa jenis shampoo yang sesuai dengan rambut Cik Rose. Dan ada juga yang memang tak sesuai. Sayangnya! Huhu.

Cik Rose ada baca tips penjagaan rambut bagi rambut gugur. Menurut info tu, kalau kita ada masalah rambut gugur, jangan pilih shampoo yang khusus untuk rambut gugur. Ianya akan membuatkan rambut kita kering dan bertambah gugur. Perlu pilih shampoo untuk perawatan kulit kepala. Maksudnya dia jaga dari akar rambut tu. 

Ada benarnya tau. Sebab dulu Cik Rose akan cari dan guna shampoo untuk rambut gugur. Sudahnya rambut jadi kering dan sukar diurus. Sejak tu, Cik Rose bertukar ke shampoo untuk perawatan kulit kepala dan untuk mengawal kelimumur. 


Kat atas ni, shampoo terbaru yang Cik Rose cuba. Shampoo dari Sunsilk jenis Soft and Smooth. Macam mana boleh beli? Sebab memang nak cari shampoo untuk rambut lembut dan senang diurus. 

Cik Rose dah cuba pakai. Shampoo dan perapi. Kesannya? Rambut memang lembut tau! Buktinya, tak ada lagi rambut yang dok lekat kat getah rambut! Kalau tak, dulu banyak tau rambut putus/gugur yang melekat kat getah rambut. Kali ni, tak ada! Cik Rose puas hati. Bila Cik Rose letak gambar shampoo ni kat Instagram, ada yang komen rupanya mereka juga pakai. Yeayyyy ada geng. Eh?. Hikhik.

Cubalah korang. Tapi, kalau korang dah jumpa yang sesuai untuk rambut tu janganlah tukar-tukar pula. Setia je dengan shampoo korang tu. Keadaan rambut kita berbeza kan. 

Hatta, Cik Rose cuba shampoo yang kakak Cik Rose guna, tak sesuai dengan rambut Cik Rose. Tapi, dengan dia elok je. 

Jom share dengan Cik Rose korang guna shampoo ape. 



5 comments:

  1. akak pun pakai sunsilk jgk... tp akak nyer warna pink... tp kadang pakai jgk kuning or hijau... semua tu kira sesuai utk rambut akk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ros baru nak cuba..sebelum ni pakai yang lain.. tapi sejak pakai yang kuning ni, memang lembut je rambut. best!

      Delete
  2. skg guna apa nth nama. jual kat watson..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cik rose....betul tu kena guna shampoo yg sesuai dgn rambut n kulit kepala kita...kalau x lain jadinya...:)

    ReplyDelete
  4. pernah guna syampoo tu tapi k.o la gan kita rose

    ReplyDelete