Friday, August 18, 2017

Buang Masa Basuh Baju di Kedai Dobi Layan diri?

Buang Masa Basuh Baju di Kedai Dobi Layan diri? Eh eh tajuk memang mengundang marah je ni kan. Itulah antara percakapan sesetengah orang kepada individu yang menggunakan mesin basuh layan diri ni. Amboi..amboi. jangan cakap sembarangan. 


Secara jujurnya, Cik Rose kurang menggunakan mesin dobi layang diri ni. Ialah berdua sahaja dengan suami, memang basuh di rumah sahaja. Namun, bila balik kampung, dengan keadaan cuaca yang hujan dan bilangan ahli keluarga yang ramai, ia menjadi sebab utama Cik Rose menggunakannya. Contohnya hari raya, ramai yang berkumpul. Bila basuh baju di rumah, berebut ampaian, hujan turun, maka kain -kain tak kering. Tu yang pergi basuh baju di mesin basuh layan diri. Balkk rumah, terus lipat sahaja. 

Kedai dobi layan diri dibuka seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Banyak kan. Sasaran utama adalah golongan pelajar dan golongan yang bekerja. Penuh je kedai dobi layan diri kalau kena lokasi yang strategik. 

Masing-masing ada sebab tersendiri kenapa memilih kedai dobi ni. Jadi, tak usahlah dipertikaikan yer. Harga juga berpatutan rasanya. Tempat Cik Rose, basuh RM4 dan pengering RM4. Kalau mesin saiz xl, tinggi sedikit harganya. Ada kedai yang sediakan sabun dan pewangi, ada yang kena bawa sendiri. Tinggal lagi untuk kita pilih jer. 

Selagi ianya tidak membebankan kita, teruskanlah. Hihi. Tapi, janganlah dok pandang -pandang atas bawah orang yang pergi kedai dobi! Hihi. Malu iols. 

Lagi satu, ikut peraturan di kedai dobi tu. Ada mesin yang hanya untuk pakaian, maksudnya selimut toto tu tak boleh. Sebab berat, kan. Tapi, ada yang degil. Selamber je basuh jugak. Penat mesin tu nak putar. Nanti kalau rosak, kasihan pemilik kedai dobi tu. Bertanggungjawablah sedikit, ya. 



5 comments:

  1. ai basuh baju kat rumah waktu malam.. lepas tu husband pergi dobi untuk guna dryer.. sekarang tengah menabung nak beli dryer sendiri..

    ReplyDelete
  2. aku basuh baju kat dobi layan diri masa waktu tkde mesin basuh kat rumah dulu. best sebab lg bersih sebenarnya.

    skrg ni kalau berkesempatan, selimut cadar tuala semua cuci kat sana.

    hehe.

    ReplyDelete
  3. bila time musim hujan mmg paling sesuai guna kedai dobi diy nih...

    basuh siap kering lg, menyenangkn keje... takdelah baju kita busuk n berbau bila tak kene matahari kan...
    akak tak penah guna mesin dobi diy nih, sbb selalu cik abg akak yg basuh hehehhe

    ReplyDelete
  4. Betul tu.
    Lain orang lain cara. Dobi ni banyak jimat masa, terutama ibu bekerja yang ada anak2 kecik.

    ReplyDelete
  5. klu musim hujan, kdai dobi layan diri kt kawasan cni mmg penuh....

    ReplyDelete