Makan Di Restoran Lesung, Sungai Petani



Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita tentang Restoran Lesung di Sungai Petani. Restoran ni kira baru jugaklah. Cik Rose pergi makan kat situ beberapa hari sebelum puasa, masa balik kampung hari tu. Restoran ni di Bandar Laguna Merbok. Kedudukan dia strategik jugalah, sebab terletak di deretan kedai di tepi jalan Bandar Laguna Merbok.

Kat kedai ni ada masakan panas(goreng-goreng) , western food, dim sum, dan pau. Banyak jugak pilihan. Sesuai kalau kita pergi dengan keluarga yang besar dan mempunyai selera yang berbeza. Wahh gitu! hihi. Boleh je pilih nak makan apa kan.

Malam tu Cik Rose dan kakak order Chicken chop. Abang order Lamb Chop. Adik order Fish and Chip. Anak sedara order sandwich dan pau. Lepas tu, kitorang bungkus mee goreng dan mee kuah untuk mak ayah. Bagi selera kitorang, western food dia memang sedap! Cuma part mee goreng tu kurang sikit. Yelah kan, selera kita kan berbeza-beza. 

Inilah dia Lamb Chop tu:


Ini pula Chicken Chop :


 Gambar menu lain tak sempat ambil sebab kusyuk makan. hihi..

Kalau korang yang berada di Sungai Petani, atau yang berdekatan, boleh la berkunjung ke Restoran Lesung ni yer. 

Alamatnya :

No 6 & 8, Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah.

 SUMBER GAMBAR : GOOGLE

Servis pun pantas tau. Kalau Cik Rose balik kampung, Cik Rose akan berkunjung lagi ke sini.

 
Previous
Next Post »

6 comments

Click here for comments
25 June 2016 at 09:31 ×

Service tu yang kita nak tau. Sedap pantas mmg pilihan la cerita dia (Y)

Balas
avatar
admin
27 June 2016 at 14:07 ×

ye, betul. kalau servis slow, memang Ros pangkah. hihihi

Balas
avatar
admin
8 October 2016 at 00:48 ×

Sedap tu.
Memang sedap, harga berpatutan dgn mknan yg disediakan.
Sedap sungguh

Balas
avatar
admin
8 October 2016 at 00:48 ×

Sedap tu.
Memang sedap, harga berpatutan dgn mknan yg disediakan.
Sedap sungguh

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment