Breaking

Friday, 19 January 2018

Setiap yang berlaku ada hikmah dariNya




Assalamualaikum. Tik tok tik tok. Kejap je masa berlalu. Hari ni 19 Januari 2018. Dah lebih separuh bulan Januari. Awal tahun ramai yang bercakap tentang azam dan impian di tahun baru. Cik Rose juga punya impian. Ada beberapa impian. Cukuplah hanya Cik Rose simpan dalam hati dan terus berusaha untuk mencapainya. 


Tadi kemas-kemas laci dan Cik Rose jumpa gambar di bawah ni : 


Alahai rindunya. Tu gambar anak sedara Cik Rose yang pertama. Gambar lama.. Sekarang Nel dah tingkatan 3 dah!

Gambar kat bawah ni pula Nel dan adiknya, Dania. Aduduhhh rindu Mak Ude! Sekarang semua dah besar. Hihi. 


Alhamdulillah sekarang Cik Rose dah ada 5 orang anak sedara. Doranglah tempat Cik Rose menumpang kasih. 

Allah tahu apa yang terbaik buat Cik Rose. Setiap yang berlaku ada hikmahNya. Siapa kita untuk mempersoalkannya kan. 

Cik Rose berdoa moga kami suami isteri dan pasangan yang lain juga dipermudahkan untuk mempunyai zuriat. 

Tahun 2018 dah bermula, moga kita berusaha untuk jadi lebih baik dari sebelum ini. 



3 comments:

  1. Cik Rose Aunty yang baik :). Semoga dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete
  2. Semoga tahun ni beri sinar kebahagiaan buat rose dan suami

    ReplyDelete
  3. Aamiin.. insyaallah rose. Semoga Dia kurniakan zuriat buat rose dan suami

    ReplyDelete