RAYA 2014 : DI MANA? - INILAH REALITI

Monday, 4 August 2014

RAYA 2014 : DI MANA?


Masih lagi dalam mood raya, so hari ni nak cerita pasal raya lah kan. hihi. Macam tajuk kat atas tu. Raya 2014, di mana?. 

Dulu, masa bujang tak jadi masalah langsung pasal nak raya kat mana. Cuti raya balik kampung jumpa mak ayah. Ikut mak ayah gi ziarah saudara mara dan jiran. Balik kampung rumah nenek. Indahnya masa tu. Fikiran pun tenang je. Tak payah fikir-fikir sangat. Sebab cuti raya senang nak dapat. Cuma bab tiket bas je pening sikit masa tu. Kena beli awal, nanti habis tak balik raya pula. Pastu menghadap jalan jammed pula satu hal. kiki.

Tapi, semua tu dah berubah. Bila dah kahwin ni, macam-macam hal kena fikir. Tapi, jangan salah faham. Saya tak kata menyusahkan ke apa ke. Lagi best bila dah kahwin, sebab kita ada dua kampung :) Cuma, pembahagian nak balik raya tu yang agak merungsingkan. Saya pasti pasangan yang dah berkahwin pun ada yang mengalaminya kan? Baik ngaku. hihi..

Macam saya ni, dua-dua asal dari Kedah cuma bekerja di Johor.. Keluarga saya di Sungai Petani dan keluarga suami di Jitra. Kalau difikirkan memang mudah sebab sehala je kan. Menuju destinasi yang sama gitu. Tapi, tahukah anda bila dah satu negeri ni akan ada juga masalah yang timbul.. Masalahnya nak raya pertama tu di rumah keluarga masing-masing lah pulak kan. Pastu pembahagian hari tu kena adil. Tak boleh terlebih dan tak boleh terkurang. Aduhai... 

Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya. hihi. Jangan pentingkan diri sendiri sangat. Kita ni dah berkahwin, bukannya bujang lagi. Kena fikir dua dua belah pihak kan :)

Macam saya tahun pertama beraya sebagai suami isteri,masa tu tahun 2012, kitorang tak balik kampung! Sedihnya time tu. Beraya kat JB jer. Sebab suami saya tak dapat cuti. Kena bertugas pada hari raya. Rayalah sengsorang kat JB. Pagi raya call mak ayah, tapi senyap je. Tak boleh nak bercakap. Kalau bercakap, bukan dengar suara, tapi lebih kepada tangisan. hihi. Tu semua kenangan... 

Tahun lepas, 2013 kitorang balik kampung. Alhamdulillah, dua-dua dapat cuti raya. So, balik la ke Kedah. Tahun lepas giliran suami. maksudnya raya pertama tu di rumah keluarga mertua saya.. Tahun ni pulak, raya pertama di rumah keluarga saya.. Cuma pembahagiain hari tu je yang tak dapat nak diselesaikan dengan baik lagi. hihi...

Apapun, syukur Alhamdulillah kerana masih berpeluang balik kampung beraya bersama keluarga... Dapat melihat mak ayah dan keluarga masing-masing. Dapat luangkan masa bersama, walau hanya sekejap!. Kadang-kadang memang sedih tau, sebab duduk berjauhan dengan keluarga. Keluarga di utara, dan kitorang di selatan.. Nak balik kerap tu, kekangan masa dan kewangan :(
Lagi pulak sekarang ni saya berPJJ pulak dengan suami. Lagilah bertambah sedih. Tapi, tak ape semua ni berlaku bukan saje-saje. Semuanya ada hikmah.. Be positive!

p/s: dah start puasa ke korang?.





21 comments:

  1. kami ikut budi bicara..bincang sama kami..selalunya en hubby ajak beraya di trg..lebih meriah katanya..hihi..

    blom start lagi puasa..ABC plak..huhu..

    ReplyDelete
  2. uishh. tudia utara selatan. jauhh benauu!

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya, kami pun tak balik beraya di kampung sbb suami kerja....lusa baru nak balik kg saya.

    ReplyDelete
  4. Akak duk shah alam kampung hasben shah alam kampung akk pon sha alam..senang kan...heee...
    maaf zahir batin selamat hari raya...

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya buat Ros sekeluarga..

    Akak bila raya ikut giliran Ros.. lepas tu raya ketiga baru balik rumah mertua pulak..

    Akak belum puasa lagi.. ABC jugak..

    ReplyDelete
  6. Kena bertoleransi dalam hal beraya ni Ros. Macam kakak ni sebab keluarga hubby kakak tak ramai boleh katakan tiap tahun beraya rumah dia dulu. Masuk hari ke dua baru ke kg kakak. Keluarga belah kakak ramai tak ada masalah..

    Kakak pulak jenis tak kisah pasal raya ni mana-mana pun boleh aje...

    ReplyDelete
  7. sama la kg sehala je..tp terlebih hari di rumah mentua..sentap kejap je..hehe pastu sambung happy balik..

    ReplyDelete
  8. hai ros. selamat hari raya. kalau saya, kami amalkan konsep bergilir2.

    cth :
    tahun 2013
    raya aidilfitri first - belah suami
    raya haji - belah saya

    tahun 2014
    raya aidilfitri first - belah saya
    raya haji - belah suami

    setakat ni alhamdulillah. konsep giliran macam ni terasa lebih adil utk kami suami isteri.

    p/s : tapi tak pernah pulak kira raya belah suami berapa hari, raya belah saya berapa hari. kami lebih kepada konsep toleransi bab2 berapa hari ni. :)

    ReplyDelete
  9. hahaha.kita sama ros. tapi ciksu lagi haru aklau bab raya ni. sbb sorng perak, sorng kedah.

    pembahagian hari stakat ni oke la.
    rya haji mmg jrg.
    raya puasa selamat 6 tahun ini pertama kali tak blk mana mna.cik abe ciksu kja. hri ni bru start cuti.sambung dgn cuti bersalin utk ciksu.

    ros, due date ciksu inshaa Allah 7/8
    doakan ye smga ciksu diberi kemudahan utk melahirkan permata hati ..aamiin ..

    ReplyDelete
  10. ha'a, saya punya family pun bergilir gilir. sorang dekat sebelah rumah je, sorang lagi dekat Banting.

    so raya ni balik sana, raya haji balik sini.

    cuma sekarang ada 3 kg. so a bit susah sikit.

    ReplyDelete
  11. Hehe. Kite tak kawin lagi :)
    Tak start pose lg.

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ros sekeluarga... Mohon maaf zahir dan batin... :) kosong2 yer…

    ReplyDelete
  13. biasalah tu dik mmg gtu lah lumrah beraya kan, time bujang mmg seminggu kite duk kampung umah mak abah kite... syok gile

    dh kawin, akak sebelum kawin lg dh bt law ngn suami akak.... thn ni umah akak thn dpn umah dia, kalu raya giliran johor or kerteh, 2hari sebelum raya dh balik n raya ke3 msti dh gerak ke kampung utk giliran seterusnya... gitu lah tiap thh... alhamdulillah tak pnh lg gaduh2 psl giliran nk balik raya sbb dh ada law awal2...

    ReplyDelete
  14. faham sgt buila dah jauh..sy dijohor 5 tahun juga..pulak tu klu kena kerja time raya lagi la azab..dah la jauh kan

    ReplyDelete
  15. bila dah kahwin nnti nk kena pikir raya kat mana plak.. heheh.. dugaan..

    ReplyDelete
  16. Ooo ros orang sp yer.. sama la kita.. mcm.farah pn dua2 family ada sini.. senang tak dak Gaduh2 nk blk raya.. selalunya pagi di rumah farah dulu then tghari ke rumah mertua pulak.. so far okey jer.. =D

    ReplyDelete
  17. Mv raya Pertama umah mak mertua..raya ke3 rumah mak

    ReplyDelete
  18. Mv raya Pertama umah mak mertua..raya ke3 rumah mak

    ReplyDelete
  19. tahun nih turn akak raya kat pd...tahun depan sg rambai mlka plak

    ReplyDelete
  20. jijah pon 1 kampung dah bertekak. padahal 5minit je nak pegi kampung memasing...hakhakhak

    ReplyDelete