Breaking

Wednesday, 17 January 2018

Seronok tak kalau ramai yang singgah blog dalam satu masa?


Assalamualaikum. Tudia, tudia. Panjangnya tajuk entry! Hihi. Korang seronok tak kalau tengok jumlah viewer dalam blog korang? Yang sedang online tu. Kalau tanya Cik Rose, mestilah happy. Bila tengok jumlah online tu, serentak nak tengok entry apa yang sedang mereka baca. 

Jumlah viewer yang tertinggi pernah catatkan adalah masa drama Balqis di ulang siaran. Ramainya masa tu yang singgah blog Cik Rose membaca ulasan. Entry tu Cik Rose ceritakan semula lepas Cik Rose tengok drama Balqis tu. Bukan Cik Rose letak sinopsis yang standard untuk drama. 

Gembira sangat masa tu sebab sampai beratus tau yang singgah dalam satu masa. Korang boleh baca entry di bawah untuk mengetahui tentang drama Balqis : 

Dan di bawah ni pula jumlah viewer tertinggi yang pernah Cik Rose perasan, 66 orang:




Ok kat bawah ni pulak, Cik Rose ambil pagi semalam. Gembira juga hati Cik Rose bila tengok jumlahnya adalah 36. 


Terima kasih buat semuanya yang sudi singgah ke blog Cik Rose ni ya.. 

Sekarang ni cuaca sejuk je kan. Cik Rose suka je.. Pagi-pagi Cik Rose pergi kerja dengan menunggang motosikal, rasa nyaman sangat. Sejuk. Kemudian, bila buka pintu rumah menghala balkoni, mulalah perasan berada di Cameron Highland sebab balkoni rumah Cik Rose dipenuhi dengan bunga-bunga. Tapi, bila perubahan cuaca macam ni, bunga-bunga Cik Rose ada yang makin banyak berbunga dan ada yang menunjukkan tanda kurang sihat. Hihi. Maklumlah, kita pun kadang-kadang tak sihat. Begitu juga dengan bunga-bunga ni kan. 

Ok, sehingga berjumpa di entry akan datang.
Moga perjalanan Cik Rose di tahun 2018 ini semakin baik. Juga moga prestasi blog Cik Rose ini juga semakin maju. Do what you love. Ya, itulah yang Cik Rose tanamkan dalam hati. 



5 comments:

  1. Memang happy sangat la rose!! Btw dah lama tak singgah sini

    ReplyDelete
  2. memang seronok... apabila orang membaca apa yang kita tulis.
    satu kepuasan.

    Zaman sekarang ramai orang hanya tertumpu pada FB dan instagram. Blog dan web sudah semakin berkurang. Tapi masih ada manfaatnya.

    ReplyDelete
  3. Fulamak .. 66 tengah membaca dalam blog Cik Rose . Hebatnya .. kalau CCL memang confirm melompatlah dan rasa macam nak create entri dan publish banyak- banyak ..

    ReplyDelete
  4. tahniah.
    terus share perkara menarik.
    aida da 2-3 bulan close blog :) ha ha ha
    concentrate study. now mcm come back ke dunia blogging la.
    blogging ni best. kita bercerita dan baca cerita org lain.
    sharing. buat pahala sambil-sambil, kan :)

    ReplyDelete