Wednesday, January 17, 2018

Resepi Sayur Cendawan Goreng Air Mudah



Assalamualaikum. Sayur cendawan ni ada sejarahnya tau. Pada Cik Rose lah. Dulu memang Cik Rose tak makan dan tak suka cendawan. Tak pandai makan sebenarnya. Sayur lain ok je Cik Rose makan. Tapi bila mai tang cendawan, memang cannot go kata orang. Hihi. 

Sampailah satu masa, Cik Rose makan cendawan celup tepung. Eh sedaplah pulak. Kenapalah dulu tak makan. Hahaha. Gittew..

Bukan main lagi tajuk entry. Resepi sayur cendawan goreng air. Tapi, ginilah cara masak cendawan yang Cik Rose suka. Ratah boleh lauk ni atau makan dengan nasi panas. Syaratnya kena ada letak cili merah tu jer. Simple je. Mudah kan. Tekak Cik Rose ni tak banyak kerenah katanya! Hahaha.


Nak masak cuma tumis bawang putih dan merah yang dihiris kasar. Lepas tu masuk cili besar merah. Cik Rose belah-belah je dan tak buang pun biji. Sebab nak kan rasa pedas tu. Lepas tu masuk je cendawan. Biar kejap, masuk air sikit. Dan Cik Rose letak maggi cukup rasa. Tadaaa dah siap! Mudah kan. 


Cuma, Cik Rose ni tak boleh makan cendawan banyak tau. Kalau tak, nanti rasa pening macam mabuk laut tu. Hihi. Faham tak ek macam rasa dia. Korang rasa tak macam tu bila makan cendawan banyak-banyak?


Masak simple-simple untuk perut sendiri bolehla. Nak bagi orang lain makan,Cik Rose tak yakin lagi. Bimbang tak sedap dan tak kena dengan rasa orang kan. Hihi. 



3 comments:

  1. Setakat sekarang CCL memang suka cendawan dan tak pernah lagi kena effect pening n mabuk2 lepas makan

    ReplyDelete
  2. cer cite nape dulu tak suke sgt cendawan tuh?

    akak pun suke msk tumis mcm cik rose buat tuh... mudah n sedap

    ReplyDelete
  3. sedapnya, terima kasih kongsi resepi ^_^

    ReplyDelete