10 Days Challenge - Day 6 : 6 PLACE - INILAH REALITI

Wednesday, 3 September 2014

10 Days Challenge - Day 6 : 6 PLACE


Hari ni dalam cabaran " 10 DAYS CHALLENGE " , masuk hari ke enam.. 
Cabarannya ialah "6 Place",. Dalam entry ni, saya akan bercerita berkenaa tempat yang saya dah pernah pergi.. Ya, antara tempat yang dah pernah saya pergi :)

1. PULAU LANGKAWI
Walau saya ni asal Kedah, tapi boleh dikira berapa kali je saya dah pernah pergi. Heee.. Kali pertama, masa sekolah rendah. Bukan pergi berjalan ke bercuti ke tau. Tapi, pergi majlis bertunang Pak Cik saya. Pergi kejap je. Dah tak ingat sangat dah. Kali kedua masa umur 18 tahun. Pergi rumah Mak Usu saya(adik ayah saya).. Tak pergi berjalan sangat pun masa tu. Lebih kepada menziarah saudara  kan.. Ada juga singgah ke Makam Mahsuri masa tu.. Dan yang terakhir ialah tahun lepas. Pergi dengan suami saya. Percutian singkat dan tiba-tiba. Hihi.. Pergi sehari je. Tak tidur pun.. Sebab utama ke sana nak pergi "Island Hopping". Walau sekejap, tapi seronok sangat.. Tak pergi shopping pun tau. Mana nak sempat, pergi sehari je. Boleh  baca kenangan saya kat entry ni : MENEROKAI ISLAND HOPPING.

2. MELAKA BANDAR BERSEJARAH
Pergi tahun lepas dengan suami. Ni kira macam percutian tiba-tiba jugak. Balik dari kampung,Kedah ke JB. Tiba-tiba suami saya masuk simpang Ayer keroh. Aih, dah kenapa ni. Rupa-rupanya memang dia dah plan. Saje je tak nak gitahu kite tau. Seronoklah bila kat snaa. Semuanya tak dirancang kan. Main redah je.. Hihi.. Boleh baca entry saya berkenaan Melaka kat sini :
4.MELAKA WONDERLAND THEME PARK (Yang ni tak masuk)

3.AQUARIA, KLCC
Baru pergi bulan 5 hari tu.. Suami bawak ke sana sempena birthday saya. Heee.. Ni pun tak dirancang jugak. Bertolak dari Jb ke KL pagi, dan balik petang tu jugak.. Best sangat.. Mungkin sebab kitorang minat dengan hidupan laut kot?.. Dan kebetulan masa kitorang sampai tu, waktu  makan hidupan tu. Tu yang lagi best.. Boleh tengok depan mata kan.. Kalau bawak budak-budak lagi best tau! Boleh baca pengalaman saya kat sini : PENGALAMAN DI AQUARIA,KLCC .

4. BATU FERRINGHI, PULAU PINANG.
Kalau pi Penang, singgahlah sat kat sini. Best.. Bawak satu family, berkelah.. Saya sempat ke sana tahun lepas.. Pergi satu keluarga. Syoklah.. Berkelah, memang berseleralah makan. Hihihi.. Anak-anak sedara pun syok je main air. Tapi kena ada pengawasan tau.. Saya ada tulis kat sini : BERKELAH DI PANTAI BATU FERRINGHI .

5. DESARU, JOHOR
Sepanjang saya duduk JB ni, dah beberapa kali pergi Desaru.. Kadang-kadang lajak juga ke Tg Balau.. Bestlah suasananya.. Pantai kan. Damai je rasa.. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa lagi. Heee.. Kat sini, banyak jabatan atau syarikat yang buat hari keluarga jugak.. Tapi, sepanjang saya dah ke sana, belum pernah mandi lagi. Cuma dating tepi pantai je, jalan-jalan berdua ngan husband. Hihi.  Boleh baca kat sini : DESARU, JOHOR.

6. ICT, SHAH ALAM
Ni dah lama dah pergi . Dalam  tahun 2011. Masa tu saya masih kerja di KL. Dan suami di JB.. PJJ la kitorang. Sempat pergi sekali. Tu pun dah tengah malam. Cuma jalan-jalan tengok lampu ja. Tak dapat masuk kat dalam snow tu sebab dah tutup.. Bergambar sakan masa tu. Maklumlah pengantin baru. Hikhik. Jangan muntah k. Nak tengok keindahan cahaya, boleh baca kat sini : ICT SHAH ALAM.

Itulah antara enam tempat yang saya dah pernah pergi.. Dah macam promote entry pulak. Hahaha.. Nak buat slogan sikitlah, Segalanya ada di Malaysia, Jom bercuti :) Boleh gitu?..


p/s : Banyak percutian saya yang tak dirancang, percutian tiba-tiba.. Yang tak dirancang tu yang pergi tu. Kalau rancang, memanjang tak  jadi. hikhik.. 




14 comments:

  1. selalunya camtu kan..yang dirancang mesti tak bape nak jadi..hihi..

    ReplyDelete
  2. jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman :)

    ReplyDelete
  3. Langkawi BEST kan..nak repeat x rasanya heee

    ReplyDelete
  4. akak takde ke mana sangat ros. jauh pun sabah je

    ReplyDelete
  5. ada yg jijah pon belum pegi lagi..hee

    ReplyDelete
  6. Ramai yang masukkan Pulau Langkawi.
    Saya pun teringin nak pi sana lagi.

    ReplyDelete
  7. pulau langkawi memg pilihan ramai kan kalo nk bjalan

    ReplyDelete